Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

‘Saya Bukan Kambing Hitam...

KUALA LUMPUR : Tan Cheng Hoe menegaskan bahawa dia tidak menjadi 'kambing hitam'...

Arab Saudi Bina Tembok...

RIYADH – Insiden serangan militan pelampau Islamic States (IS) terhadap pos kawalan sempadan...

Laporan Kegembiraan Dunia: Denmark...

MENERUSI hasil kajian yang yang dijalankan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sempena Hari...

Sembang Santai TMJ: Peneroka...

KOTA TINGGI - Kehadiran Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim di...

UniKL, TNB Lakar Kemenangan Besar Perlawanan Pertama

KUALA LUMPUR – Pasukan hoki Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bermula dengan langkah cemerlang selepas mencatat kemenangan bergaya pada aksi pembukaan Divisyen Perdana Liga Hoki Malaysia (LHM) 2017 di Stadium Hoki Kuala Lumpur, Lembah Pantai di sini.

UniKL yang dilatih bekas penolong Ketua Jurulatih skuad senior kebangsaan, Arul Selvaraj menang besar 5-0 ke atas naib juara Divisyen Satu 2016, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) dari Johor.

Pemain import dari Australia, Lachlan Gerald Stock melakar jaringan hatrik pada minit ke-19, ke-47 dan ke-51 manakala dua lagi gol UniKL dijaringkan oleh pemain skuad pembangunan hoki kebangsaan, Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin pada minit ke-15 dan minit ke-21.

Terdahulu, TNB membenam pasukan ‘adik’ iaitu TNB Thunderbolts 6-1 di venue yang sama.


Dalam satu lagi perlawanan, Maybank menewaskan pasukan Universiti Teknologi Mara-Kementerian Pengajian Tinggi (UiTM-KPT) 3-2 di Stadium Hoki Kementerian Pendidikan, Jalan Pantai. – BERNAMA

Kategori