Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Copa America: Pemain Uruguay...

SANTIAGO - Bintang Chile, Alexis Sanchez berkata seorang pemain Uruguay sudah memohon maaf...

Sukan SEA: PM Ucap...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat berjaya...

Budak 12 Tahun Raba...

PETALING JAYA - Biarpun baru berusia 12 tahun, perlakuan keji seorang kanak-kanak lelaki...

Insurans Hayat Dikecualikan GST,...

PETALING JAYA - Premium untuk insurans hayat tidak akan dikenakan Cukai Barang dan...

Video Aksi Berani Remaja Panjat Kren Pula Jadi Viral

IPOH – Sebuah video yang dimuat naik di YouTube menunjukkan seorang remaja memanjat kren menerusi rakaman sendiri.

Klip video berdurasi 1.22 minit itu bertajuk ‘Viral aksi berani remaja lelaki pulak panjat kren’ dimuat naik pengguna “Viral Malaysia” pada 31 Disember lalu.

Dalam video berkenaan, remaja tersebut merakamkan dirinya sendiri sambil memanjat kren.

Sebaik sahaja tiba di kemuncak, remaja tersebut duduk dan terus merakamkan dirinya sendiri.

Berdasarkan mercu tanda yang dilihat pada latar belakang, video tersebut dipercayai dirakamkan di kawasan pembinaan Pusat Konvensyen Ipoh.

Jumaat lalu, satu video lain dimuat naik di YouTube menunjukkan sekumpulan remaja memanjat papan tanda ‘Ipoh’ di puncak Gunung Lang, Jalan Kuala Kangsar.

MBI Tak Pernah Terima Permohonan Panjat 'IPOH'

Mereka turut mengambil gambar dengan mengucapkan terima kasih kepada majlis bandaraya kerana memberikan kebenaran kepada mereka untuk berbuat demikian.


Bagaimanapun, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man menafikan pihak berkuasa meluluskan aksi berkenaan, sambil menambah bahawa ia adalah kawasan larangan dan boleh membahayakan orang lain.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata, perkara itu disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan membahayakan nyawa atau keselamatan diri dan orang lain.

Difahamkan, lapan orang terlibat dalam aksi papan tanda Ipoh telah hadir menyerah diri kepada pihak polis dan memberi keterangan pada pagi Isnin.

Jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau denda RM500 atau kedua-dua sekali. – mStar Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • viral

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori