Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Calon Muda BN Pahang...

KUANTAN – Menjadi calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum...

Hebahan Cuaca Lebih Kerap...

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan meningkatkan kekerapan hebahan maklumat mengenai...

Mangkuk Besar Tarikan Kedai...

GEORGE TOWN - Siapa sangka mangkuk besar seberat 6.4 kilogram yang biasanya dipamerkan...

Penyelidik Jepun Terjatuh Di...

KUCHING - Penyelidik warga Jepun yang tercedera selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Mulu...

Video: ‘Datuk’ Pukul Pengawal Keselamatan

GEORGE TOWN – Gara-gara berang dengan tindakan seorang pengawal keselamatan yang mengunci tayar keretanya, seorang lelaki berpangkat Datuk bertindak mencederakan pengawal berkenaan dalam kejadian di sebuah kondominium di Bukit Gelugor, Pulau Pinang, semalam.

Dalam kejadian pada jam 4 petang di kondominium Delima Palace, mangsa, Ramaraj Thangaraj, 43, cedera di bahagian kepala, tangan kiri dan pinggang selepas diserang pemilik kereta mewah terbabit menggunakan alat pemotong besi.

Difahamkan, pihak pengawal keselamatan di kondominium terbabit terpaksa mengambil tindakan mengunci tayar kerana kenderaan itu memarkir terlalu lama di kawasan menunggu.

Berang tayar kereta dikunci, lelaki terbabit mengambil pemotong besi bagi memotong selak alat pengunci tayar tersebut. Namun mangsa telah menasihatkannya agar tidak berbuat demikian.

“Saya beritahu dia jangan berbuat demikian dan panggil untuk berbincang. Tetapi dia tidak mahu mendengar, sebaliknya memukul saya menggunakan alat pemotong besi itu.


“Semasa saya merakam kelakuannya, dia datang semula ke arah saya dan cuba merampas telefon bimbit, tetapi tidak berjaya.

“Dia kemudian memukul saya menggunakan tangan dan kakinya, selain dilemparkan dengan kata-kata kesat,” kata pengawal berkenaan.

Video: 'Datuk' Pukul Pengawal Keselamatan
Ramaraj Thangaraj

Menurut Ramaraj lagi, lelaki terbabit juga mencabarnya untuk membuat laporan polis dan dia tidak gentar tindakan pihak berkuasa.

Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Jelutong semalam, jam 7.40 malam kerana bimbang keselamatan dirinya terancam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata pihaknya telah menerima laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua individu dan siasatan lanjut akan dijalankan menerusi rakaman CCTV yang tersebar di media sosial. – MYNEWSHUB.CC

Kategori