GARA-GARA kecuaian sebuah kereta Proton Wira yang secara melulu keluar simpang, sebuah ambulans menerima padahnya.
Video tersebut kini tular di media sosial dan kejadian dipercayai berlaku di Sungai Petani, Kedah.
Ambulans yang dipandu laju kerana menerima kecemasan itu gagal mengelak lalu menyebabkannya melanggar kereta terbabit sebelum terbabas di bahu jalan dan melanggar deretan kereta terbuang di situ.
Pemandu kereta itu sepatutnya membiarkan ambulans itu lepas dahulu, baharulah masuk simpang tersebut memandangkan dalam kelas memandu, kita disuruh memberi laluan kepada ambulans yang sedang berkejar untuk menyelamatkan nyawa pesakit.
Harapnya insiden seperti ini dapat memberi kesedaran kepada semua pemandu di luar sana. – MYNEWSHUB.CC