Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Skuad Malaysia Gagal Saingi...

IPOH - Skuad negara gagal menyaingi kehebatan India apabila dibelasah 1-6 pada perlawanan...

Satu Lagi Gempa Di...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi lemah berukuran 3.1 pada skala Richter melanda...

Muafakat Kunci Kekuatan, Positif...

KUALA LUMPUR - “Muafakat kunci kekuatan, kami positif atas satu matlamat satu perjuangan.”Itulah...

Guru Rotan Pelajar: Patutlah...

KUALA LUMPUR - Video seorang ibu berhadapan dan memarahi seorang guru yang merotan...

Video: Pengawal Wanita Dirasuk, Mengilai Di KLIA

RAKAMAN video seorang pengawal keselamatan wanita yang ‘mengilai’ selepas dipercayai dirasuk makhluk halus telah mengundang keluh resah dan rasa takut netizen di media sosial.

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook itu heboh diperkatakan netizen sehingga mendapat perkongsian lebih 3,400 sejak dimuat naik pada Jumaat.

Dalam kejadian di ruang parkir Zon C, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), mangsa difahamkan diserang histeria sewaktu menjalankan tugas di kawasan tersebut.

Mangsa yang dilihat elok berpakaian seragam itu menjerit dengan nada seolah-olah pontianak ‘kelaparan’ membuatkan beberapa invidu di lokasi kejadian seakan seram sejuk untuk membantu mangsa.


Kelihatan beberapa staf dari unit polis bantuan dan pengawal keselamatan KLIA berada di tempat kejadian untuk cuba menenangkan mangsa namun mangsa seakan meronta agar ‘dilepaskan’.

Mangsa kemudian diusung lima lelaki ke sebuah kawasan tangga, mungkin untuk menggelak dari dilihat orang ramai.

Setakat ini, tiada info lanjut berhubung keadaan mangsa dan pihak KLIA masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori