Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pusat Penempatan Untuk 6,000...

Khazanah Nasional Bhd akan menubuhkan pusat khas bagi memberikan 'sokongan penempatan' kepada kira-kira...

Debat Antara Calon Presiden...

BANTAH... Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak bersetuju...

Jepun Hadapi Gelombang Gangguan...

TOKYO: Tokyo menggesa Beijing memastikan keselamatan penduduk Jepun di China selepas negara itu...

Remaja Miliki Waran Tangkap...

LUMUT - Lapan penunggang motosikal termasuk seorang remaja berumur 17 ditahan polis dalam...

Video: Selamba ‘Dia’ Berjalan-Jalan Di LPT2

KEMAMAN – Beberapa minggu lalu, ada pihak mendakwa terlihat kelibat ‘pak belang’ di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), kini seekor tapir pula dikatakan merayau-rayau di lebuhraya tersebut.

Haiwan hampir pupus yang terkenal dengan nama jolokan ‘panda Malaysia’ itu dilihat berkeliaran dekat susur keluar ke Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman, Bukit Takal, Kijal kira-kira jam 7.30 petang semalam.

Ia dipercayai tersesat ketika melintas lebuh raya membuatkan ada antara pengguna LPT2 yang teruja, memperlahankan kenderaan untuk mendekati tapir itu dan merakam video haiwan jinak itu.

Video: Selamba 'Dia' Berjalan-Jalan Di LPT2

Video: Selamba 'Dia' Berjalan-Jalan Di LPT2


Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Mohd Hasdi Husin berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), petang Sabtu.

“Hasil pemantauan mendapati terdapat pagar berlubang yang memungkinkan ia terlepas hingga ke jalan raya.

“Kita telah memaklumkan perkara ini kepada pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk mengambil tindakan dengan membaiki pagar berkenaan.

“Sebelum ini, pekerja ladang di kawasan berhampiran juga sering kali melihat tapir berkeliaran di kawasan itu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori