Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

JAHEIK Terima Relau Lupus...

KOTA BHARU - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) hari ini menerima...

Nuridah Salleh Dipilih Ketua...

KETUA Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Nuridah Salleh dipilih sebagai Ketua Dewan Muslimat...

Lucut Lesen Vesel Nelayan...

KUALA LUMPUR – Pendakwaan di mahkamah untuk melucutkan lesen bagi vesel nelayan tempatan...

Sultan Perak Berangkat Ke...

IPOH - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara...

Wajah Mengelupas Teruk Lepas Guna Produk Tiruan

ADUH, muka sendiri pula yang terasa sakit melihatkan gambar seorang remaja perempuan dengan kulit wajahnya seperti ‘terbakar’.

Menerusi perkongsian daripada Haslizan Ramli, dia mendakwa wajah anaknya itu mengalami pengelupasan teruk dipercayai akibat menggunakan produk pelembap aloe vera daripada jenama Nature Republic.

Difahamkan, produk berkenaan dibeli secara online dan tidak mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Wajah Mengelupas Teruk Lepas Guna Produk Tiruan

Wajah Mengelupas Teruk Lepas Guna Produk Tiruan

Produk itu berkemungkinan besar adalah sebuah produk tiruan yang mengandungi bahan-bahan palsu menyebabkan radang kulit yang serius.

Perkongsian gambar itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata bimbang untuk menggunakan produk kecantikan sama selepas melihat gambar di atas.


Wajah Mengelupas Teruk Lepas Guna Produk Tiruan

Pun begitu, ada juga netizen lain yang hairan kerana wajah mereka sesuai dan tiada masalah menggunakan produk sama, sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai produk digunakan remaja berkenaan adalah produk tiruan yang membahayakan si pemakai.

Wajah Mengelupas Teruk Lepas Guna Produk Tiruan

Apa-apa pun, semoga pengguna lebih berhati-hati semasa memilih produk kesihatan dan kecantikan terutama yang didapati secara online. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori