Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Sindiket Warga Asing Guna...

JOHOR BAHRU - Satu sindiket warga asing yang bekerja menggunakan kad pengenalan warga...

Mahkamah Tolak Permohonan Lucut...

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan hari ini gagal dalam permohonan mereka untuk melucut...

Mangsa Banjir Di Johor...

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di tiga daerah di Johor berkurangan kepada...

Peruntukan RM400 Juta Atasi...

KUALA LUMPUR - Masalah gangguan bekalan air di Lembah Klang akan ditangani secara...

Wajah Pembunuh Kejam Di Kelab Malam Istanbul

ISTANBUL – Polis Turki menyiarkan gambar lelaki yang disyaki penyerang kelab malam Reina yang membunuh 39 orang, berswafoto di kawasan dipercayai Dataran Taksim di sini, sebelum dia melakukan serangan itu.

Daily Mail melaporkan, gambar itu disiarkan selepas 12 orang ditahan untuk siasatan kes berkenaan.

Selain itu, polis juga menyiarkan gambar petikan rakaman CCTV menunjukkan lelaki dipercayai penyerang itu menyerahkan dokumen perjalanannya di kiosk pemeriksaan sempadan, berjaket hitam dengan penutup kepala merah. Pasukan penyiasat percaya lelaki itu berasak dari Kyrgyzstan.

Rakaman CCTV lain menunjukkan lelaki berkenaan bertengkar dengan pemandu teksi yang tidak dinyatakan lokasinya.

Petikan rakaman CCTV itu antara usaha polis Turki mengesan penyerang terbabit yang tidak banyak maklumat diketahui mengenainya. Polis enggan menyatakan nama dan kerakyatan lelaki disyaki itu.

Namun, penganalisis berpendapat dia profesional, amat terlatih dan fokus dalam melaksanakan tugas seperti melakukan serangan yang didakwa Daish, cabang militan Negara Islam (IS) dilakukan anggotanya.


Lelaki itu dipercayai tiba di kelab malam eksklusif berkenaan dengan teksi, melepaskan tembakan di pintu masuk kelab dengan raifal Kalashnikov sebelum berjalan masuk ke dalam kelab sambil melepaskan tembakan menggunakan empat kelopak peluru iaitu kira-kira 120 tembakan selama lima minit setengah.

Selain 39 orang yang maut, seramai 70 lagi cedera dalam serangan ketika pengunjung kelab sedang meraikan ketibaan Tahun Baru.

Antara yang terbunuh ialah jutawan hartanah terkenal India Abis Rizvi, ketua pegawai eksekutif Rizvi Builders, pereka fesyen muda dari India Khushi Shah, Rita Sami, 26, anak perempuan ahli perniagaan terkemuka Lubnan Ilyas Schami, ahli perbankan Lubnan, Heykel MĂĽsellim, ketua keselamatan kelab malam, seorang pengawal keselamatan wanita kelab malam itu dan pemandu bas yang membawa sekumpulan pengunjung ke kelab. – Agensi/myMetro Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • Turki

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori