Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Sasar 60 Peratus...

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya menyasarkan 60 peratus penggunaan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio...

“Saya Sama Je, Tak...

SEBAGAI selebriti, pasti mereka tidak lari daripada gosip tidak berasas yang sengaja diada-adakan. Semakin...

Muhyiddin: Anwar Tak Akan...

Usaha Pengerusi PH Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri tidak akan menjadi kenyataan...

Idea Bernas Dialog TN50...

KUALA LUMPUR - Idea-idea yang dicetuskan melalui Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) boleh...

Wanita Abai Kanak-Kanak Didenda RM10,000

KUALA PILAH – Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini menjatuhi hukuman denda RM10,000 atau penjara setahun dan khidmat masyarakat selama 240 jam ke atas seoarang wanita yang didakwa mengabaikan kanak-kanak tiga tahun di sebuah rumah di Kampung Parit Buluh, Gemenceh di Tampin, Khamis lepas.

Hakim Nariman Badruddin membuat keputusan itu selepas tertuduh, Shamsinar Ambia, 36, mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, Shamsinar didakwa sebagai penjaga meninggalkan kanak-kanak tersebut dalam keadaan tidak berpatutan di sebuah rumah sewa di Kampung Parit Buluh, Tampin pukul 7 malam, Khamis lepas.

Terdahulu, dalam rayuannya, Shamsinar meminta mahkamah mengenakan hukuman yang ringan kerana ini merupakan kesalahannya yang pertama.

“Saya orang susah, anak seramai tiga orang yang berusia 13, 14 dan 17 tahun masih bersekolah, tambahan pula saya tidak bekerja dan suami tiada kerja tetap,” katanya.


Timbalan Pendakwa Raya Nik Azhan Hakim Nik Mahmood meminta mahkamah menjatuhkan hukuman sewajarnya kerana hukuman di bawah Seksyen 33 (1)(c) Akta Kanak-kanak 2001 telah dinaikkan kepada denda RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam akan membayar denda tersebut. – BERNAMA

Kategori