Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Akan Dilayan Secara...

JASIN - Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dilayan secara profesional oleh Jabatan Pendaftar...

Anak Hilang Lepas Berbasikal...

SEORANG remaja lelaki berusia 13 tahun dilaporkan hilang selepas kali terakhir keluar dari...

Kanak-Kanak Bawa Heroin Disangka...

Selbyville (AS) - Seorang kanak-kanak berusia empat tahun membawa 249 bungkusan heroin ke...

7 Ditahan, Cubaan Hidupkan...

KUALA LUMPUR - Polis hari ini berkata tujuh individu termasuk dua ADUN DAP...

Wanita Buang Bayi Dalam Tong Sampah Dipenjara 20 Bulan

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang sengaja membuang mayat bayinya ke dalam tong sampah untuk menyembunyikan kelahirannya hari ini dijatuhkan hukuman penjara 20 bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang, di sini.

Majistret Haslinda A.Raof menjatuhkan hukuman itu terhadap Nor Hasmiza Kamis, 28, dan memerintahkan hukuman bermula hari ini selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.

Wanita itu, yang tidak berkahwin didakwa melakukan kesalahan di sebuah rumah di Pandan Indah, di sini pada 2 petang, 30 Dis 2016 mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes pada 3 Jan 2017, tertuduh telah pergi mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan seorang doktor yang membuat pemeriksaan terhadap wanita itu mendapati uri tertinggal di dalam rahimnya dan dia mengalami pendarahan yang banyak.

Tertuduh kemudian menjalani rawatan untuk mengeluarkan uri seberat 350 gram yang telah dijangkiti kuman namun dia menafikan telah melahirkan anak dan doktor itu kemudian membuat laporan polis.

Hasil siasatan polis mendapati pada 30 Dis 2016, semasa tertuduh melahirkan bayinya di rumah seorang diri, bayi itu dikatakannya tidak bergerak dan tidak menangis lalu tertuduh menarik tali pusat hingga putus dan uri masih di dalam rahim tertuduh.

Tertuduh yang sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamatan, telah membersihkan darah, membungkus bayi ke dalam baju T dan memasukkannya ke dalam plastik.


Tertuduh juga telah menunjukkan sebuah tong sampah di UTC Pudu Sentral, tempat di mana bungkusan plastik berisi mayat bayi itu dibuang. Bagaimanapun sehingga kini mayat bayi itu tidak ditemui.

Ketika rayuan, wanita itu, yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dan memberitahu mahkamah dia kini tidak bekerja.

Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak memohon mahkamah menjatuhkan hukuman pemenjaraan berikutan kekerapan kes pembuangan bayi yang membimbangkan serta kerap dilaporkan akhbar dan media sosial.

“Tertuduh telah dijangkiti kuman di rahim dan memerlukan rawatan segera. Tidak ada maklumat di mana kedudukan mayat (bayi) tersebut. Dan sekiranya bayi itu telah mati, sewajarnya bayi itu diberi penghormatan selayaknya (dikebumikan sempurna), bukannya di tong sampah,” kata Raihanah.

Raihanah juga memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya takut dan tidak melakukan kesalahan sama pada masa akan datang. – BERNAMA

Kategori