Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

‘Musang King’ Lawan ‘Monthong’...

BANGKOK - Kedudukan ‘Monthong’ sebagai Raja Durian Thailand bakal dicabar oleh ‘Musang King’...

Esscom Akan Lancar Operasi...

KUDAT - Pasukan penguat kuasa di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah...

“Saya Bukan Pengilang, Tapi...

BIDAS... Kenyataan balas antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Lim Guan Eng...

Harimau Malaya Jatuh Ke...

KUALA LUMPUR - Ekoran kegagalan mendapat keputusan kurang memberangsangkan ketika aksi persahabatan pada...

Wanita Cedera Diserang Mak Nyah ‘Naik Syeikh’

SEORANG wanita telah retak tangan kirinya selepas dia diserang oleh tiga orang mak nyah yang berang akibat terlepas mengeluarkan komen pedas terhadap mereka.

Wanita berusia 44 tahun itu turut cedera di bahagian kepala dan perut berikutan insiden yang berlaku pada pukul 5 petang, Selasa lalu itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dept Supt Yusuf Unis berkata bahawa ketiga-tiga suspek yang berusia antara 20 hingga 31 tahun itu sedang berjalan kaki ssemasa mereka terdengar perbualan antara mangsa dengan salah seorang jirannya.

Al-kisahnya, mangsa memberitahu jiran tersebut bahawa mak nyah-mak nyah itu tidak pandai menjaga rumah dan tidak tahu memasak.

“Selepas mendengar perbualan itu selama beberapa minit, ketiga-tiga suspek hilang sabar lalu bertindak menyerang mangsa dengan selipar dan kerusi kayu,” kata Supt Yusuf.


Mangsa telah dirawat di Hospital Segamat manakala suspek-suspek tersebut telah ditahan oleh pihak polis di pekan Chaah.

Itulah orang tua-tua sudah pesan; cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Mak nyah ni memang berperwatakan wanita tapi kudratnya masih lelaki, tau!-MYNEWSHUB.CC

Kategori