Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Piala AFC: Gopinathan Wira...

KUALA LUMPUR - Pahang membuka langkah kanan dalam kancah bola sepak Piala AFC...

110,122 Daftar GST Sehingga...

KUALA LUMPUR - Jumlah syarikat yang mendaftar bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

TMJ Sindir Wartawan Sukan...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim seolah-olah menyindir peranan...

Pensyarah Lantang Kritik Tun...

PENGANALISIS politik, Dr. Kamarul Zaman Yusof yang terkenal dengan kelantangan mengkritik Tun Dr....

Warga Emas Jilat Bebola Mata Untuk Rawat Penyakit

SEORANG wanita warga emas dari pedalaman Bosnia Herzegovina terkenal dalam kalangan penduduk tempatan kerana ada kelebihan unik menyembuhkan penyakit mata dengan cuma jilat bola mata pesakit.

Hava Celebic atau Nana Hava yang berusia 80 tahun dari perkampungan Crnjevo, utara negara itu merupakan satu-satunya wanita di dunia yang menggunakan lidah untuk menyembuhkan pesakitnya.

Malah Nana Hava dikatakan telah menyembuhkan kira-kira 5,000 orang yang mengalami sakit mata dengan hanya menggunakan kaedah tersebut dan cuma mengenakan caj sebanyak 10 euro (RM47) kepada setiap pesakitnya.

Warga Emas Jilat Bebola Mata Untuk Rawat Penyakit

Warga Emas Jilat Bebola Mata Untuk Rawat Penyakit

Difahamkan, sebelum dia ‘merawat’ pesakitnya, Nana Hava akan berkumuh terlebih dahulu menggunakan alkohol sebelum menjilat bola mata pesakit untuk membuang serpihan besi, habuk atau kaca.

“Saya mempelajari teknik ini daripada seorang wanita yang juga dikenali sebagai Hava.


“Malangnya, saya gagal mewarisi kemahiran ini kepada pewaris saya kerana mereka berasa jijik untuk meletakkan lidah mereka pada mata orang lain.

“Saya juga mahu lidah saya dipotong apabila mati nanti supaya organ ini dapat membantu orang lain,” katanya.

Selain warga tempatan, kaedah rawatan yang dilakukan oleh Nana Hava turut menarik pesakit-pesakit dari luar negara termasuk dari Amerika Syarikat dan Rusia untuk berubat dengannya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori