Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Cubaan Seludup Haiwan Eksotik...

KUALA PERLIS – Kastam Marin Kuala Perlis mematahkan cubaan menyeludup lapan spesis haiwan...

Pilihan Raya Kecil DUN...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan...

Kaum Ibu Disaran Galakkan...

SIMUNJAN - Sasaran kerajaan untuk memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal (TVET) di bawah...

Diiring Bodyguard ‘Pinjam’, Nadia...

BAHARU beberapa tahun berkecimpung dalam industri hiburan, pastinya membuatkan ramai terkejut apabila pelakon...

Warga Emas Maut Motosikal Keluar Simpang Mengejut

IPOH – Seorang warga emas maut manakala seorang lagi cedera ringan selepas motosikal mereka berlanggar satu sama lain di Jalan Pasir Bogak, Pulau Pangkor kira-kira 95 kilometer dari sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa Wong Kam Weng @ Hwang Chian Ping, 70, maut akibat cedera parah di kepala.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak DSP Mohd Mahiri Hussin berkata kejadian dipercayai berlaku apabila Wong secara tiba-tiba keluar dari simpang sebelum dilanggar motosikal lain yang ditunggang Mohd Zarul Abu Hasan, 18.

“Oleh kerana terlalu dekat, Mohd Zarul tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal warga emas itu di bahagian hadapan sebelah kanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Akibat pelanggaran itu, Wong cedera parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Pangkor sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 10.30 malam.

Menurut Mohd Mahiri kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Kategori