Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Jangan Bertembung Antara Penyokong...

SEREMBAN - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berharap penyokong Bersih dan kumpulan Baju...

Kanak-Kanak ā€˜Termakanā€™ Dadah Pulih...

KUALA KRAI : Kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) yang kritikal akibat ā€˜termakanā€™...

Mat Razi Calon Dinamik...

TUMPAT - Pemimpin Umno Kelantan menyifatkan calon BN bagi PRK Pengkalan Kubor Mat...

Kes Cabul Pelakon: YouTuber...

KOTA BHARU - Seorang YouTuber yang ditahan reman Khamis lalu dibebaskan dengan jaminan...

Warga Emas Nyaris Maut Dalam Kebakaran

SIBU – Seorang warga emas yang menghidapi angin ahmar minor nyaris maut apabila terperangkap di dalam sebuah bilik di bangunan kedai dua tingkat di Jalan Lanang d sini yang terbakar dalam kejadian pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sibu Abdul Mutalif Jaafar berkata Tay Chiew Hwang, 71, yang diselamatkan pasukan bomba, dipercayai tidak mampu bergerak dengan pantas disebabkan penyakitnya.

Lelaki warga emas itu tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya ketika dihubungi Bernama.

Mengenai kebakaran, Abdul Mutalif berkata kejadian memusnahkan 60 peratus bahagian bawah bangunan yang dijadikan bengkel kenderaan selain 10 kereta yang ada di dalam premis.

“Berdasarkan maklumat awal kebakaran berpunca daripada percikan mercun, namun kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui punca sebenar dan juga jumlah kerugian,” katanya.


Sementara itu, Penguasa Kanan Bomba dan Penyelamat Zon Tengah Sarawak Abdul Mutalib Rashid berkata pihaknya menerima laporan pada 5.47 pagi dan sepasukan 10 anggota bomba digegaskan ke tempat kejadian.

Pasukan itu tiba di lokasi 10 minit kemudian dan api berjaya dikawal pada 6.01 pagi, katanya.

Beliau berkata kerja-kerja memadamkan kebakaran turut dibantu oleh sepasukan lapan anggota bomba dan penyelamat dari balai Sungai Merah. – BERNAMA

Kategori