Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Sediakan RM40 Bilion...

PETALING JAYA: Kerajaan melalui agensi-agensinya akan terus menyediakan pelbagai kemudahan pinjaman dan jaminan...

Pindaan RUU Lulus, Kebajikan...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2017 diluluskan pada...

Mak Aii!! Demi Jualan...

PEREMPUAN dan shopping sememangnya tidak dapat dipisahkan!Lagi-lagi jika ada jualan murah atau jualan...

Kampung Baru: Khalid Jumpa...

PUTRAJAYA - Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad akan bertemu Perdana Menteri Tun...

Warga Indonesia Ditemukan Mati Di Sungai Bera

KUANTAN – Seorang lelaki warga Indonesia yang hilang sejak tiga hari lepas setelah terjatuh ke dalam Sungai Bera di Bandar 32 di Bera ditemukan mati tersangkut pada jaring jermai di sungai itu pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bera DSP Mansor Samsudin berkata lelaki yang belum dikenal pasti identitinya dan berumur lingkungan 20-an itu ditemukan orang awam yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat bersama pasukan penyelamat kira-kira 8 pagi.

“Mayat mangsa dijumpai tersangkut pada jaring kira-kira 900 meter dari tempat mangsa terjatuh ke dalam sungai ini kira-kira 11 pagi pada 8 Jan lepas,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mansor berkata difahamkan semasa kejadian mangsa bersama empat lagi rakannya sedang meninjau kawasan sekitar dan merintis semak untuk membuat laluan bagi tujuan pelaksanaan projek baharu di situ.

“Lelaki ini cuba menyeberangi sungai ini selepas seorang daripada rakannya berjaya melepasi sungai tersebut, namun ketika sampai di pertengahan sungai, mangsa tiba-tiba tenggelam dan gagal diselamatkan oleh rakannya yang lain,” katanya.


Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Anuar Hassan berkata 43 anggota penyelamat terlibat dalam gerakan mencari mangsa hari ini iaitu 20 anggota bomba, polis (12), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (lapan) serta orang awam (tiga). – BERNAMA

Kategori