Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Piala Dunia: Belgium Lega...

MOSCOW - Kehebatan individu berjaya memecahkan pertahanan Panama namun bagi jurulatih Belgium, Roberto...

Pakej Kurangkan Kos Bina...

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan merancang untuk mewujudkan pakej yang akan memberi...

116 Mangsa Banjir Di...

ALOR SETAR - Banjir kilat yang berlaku di Baling mulai surut dengan kebanyakan...

Darjah, Pingat Pahang Perlu...

PEKAN - Semua nama yang dicadangkan untuk menerima darjah dan pingat kebesaran Pahang...

Wow! Mungkin Inilah Pelajar Paling Tinggi Di Malaysia!

MUSIM persekolahan tahun 2017 sudah pun bermula dan pastinya ramai pelajar sekolah sudah tidak sabar-sabar untuk memulakan sesi pembelajaran serta menemui semula rakan-rakan sekelas.

Seperti biasa, masuk musim persekolahan baharu antara yang menjadi perhatian pastinya gelagat pelajar darjah satu yang baharu pertama kali menjejakkan kaki ke alam persekolahan.

Selain itu, gambar-gambar cikgu cantik yang bisa mengetarkan hati juga mencuri tumpuan sesetengah netizen sehingga menjadi viral.

Dan terbaharu, tersebar sekeping gambar menunjukkan seorang pelajar menengah lelaki yang sangat tinggi bergambar di sebelah gurunya.

Wow! Mungkin Inilah Pelajar Paling Tinggi Di Malaysia!

Gambar itu mencuri tumpuan ramai kerana ketinggian pelajar bernama P Thilakar, 17, disifatkan cukup unik jika dibandingkan dengan average ketinggian kebanyakan rakyat Malaysia.

P Thilakar yang merupakan pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Banting, Selangor memiliki ketinggian 197 Sentimerer dan berat 80 kilogram.

Menurut P Thilakar, rakan yang baru mengenalinya kebiasaannya akan terkejut melihatnya namun dia menganggap itu normal kerana keluarganya juga memiliki ketinggian yang sama.


Anak kedua dari tiga adik beradik ini juga akui tidak terganggu dengan ketinggiannya yang berbeza dengan rakan lain.

“Saya anggap keunikan ini sebagai perkara positif kerana pelbagai aktiviti boleh dilakukan ikut ketinggian saya,” ujarnya kepada Harian Metro.

Melihat ketinggian luar biasanya itu, P Thilakar mungkin layak digelar pelajar paling tinggi di Malaysia.

MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori