Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Kelantan Umum 13 Disember...

KOTA BHARU - Kelantan mengumumkan 13 Disember sebagai hari kelepasan am sempena pengisytiharan...

Anwar Ibrahim Umum Pakatan...

BEKAS Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan setelah didapati bersalah...

Pandai-Pandai Aje – Mana...

TELUK INTAN (Bernama) -- Orang ramai diingatkan agar tidak terpedaya dengan sebarang khabar...

Lelaki Tegur Sikap Pemandu...

TIDAK keterlaluan rasanya jika kita katakan bahawa rakyat Malaysia ini sangat sinonim dengan...

Bunuh Anak Sebab Percaya Anak Bawa Roh ‘Adolf Hitler’

FLORIDA – Seorang wanita bertindak kejam membunuh anak lelakinya berusia tiga tahun yang kemudian disumbat di dalam bagasi dan dicampakkan ke dalam paya kerana mempercayai kanak-kanak itu sebenarnya membawa roh bekas pemimpin kuku besi Jerman, Adolf Hitler.

Egypt Moneek Robinson, 28, kini dalam tahanan polis kerana didakwa membunuh Aries Juan Acevedo yang mayatnya ditemui di kawasan paya di belakang rumahnya di Callaway, Florida.

Bekas rakan banduan Egypt, Tiffany Powell, 28, memberitahu penyiasat bahawa ibu terbabit benar-benar percaya anaknya itu ‘roh Hitler’ dan langsung tidak rasa kesal membunuh mangsa.

Malah, dia dilaporkan percaya menyelamatkan ribuan orang dengan membunuh kanak-kanak itu yang disifatkan ‘budak jahat.’

Menurut polis, Egypt sendiri turut mengakui perbuatannya sejurus ditangkap selepas menikam mangsa dan menyumbat mayatnya ke dalam bagasi.

Ketika ditahan dia dilaporkan memberitahu polis: “Garilah saya. Memang saya lakukannya. Saya membunuh anak saya dan menyumbatnya di dalam bagasi.”


Dia turut dilaporkan membebel bahawa dunia akan kiamat sepanjang perjalanan ke pejabat syerif dan bagaimana dia kononnya mahu menyelamatkan anaknya daripada banjir besar seperti kisah Nabi Nuh.

Pendakwa kini dilaporkan akan memohon supaya Egypt dikenakan tuduhan yang boleh membawa hukuman mati, lapor akhbar News Herald.

Pejabat Pendakwa Negeri berkata, kes Egypt akan dibicarakan pada Februari ini. – Agensi/myMetro Online

Kategori