Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Restoran Milik Aliff Syukri...

RESTORAN milik pengasas produk D’Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Romah Makan Terlajak Laris yang terletak di...

Video: Pembaca Berita Nangis...

PEMBACA berita, seharusnya sentiasa bersikap profesional ketika bekerja.Namun sebagai manusia biasa, dah tentu sukar untuk menyembunyikan perasaan...

Persiap Pelajar Hadapi Revolusi...

KUCHING - Semua sekolah agama disaran menjalinkan kerjasama dengan pakar teknologi bagi melengkapkan...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sabah...

Zika Mungkin Pandemik Di Vietnam Pada 2017

HANOI – Virus Zika mungkin menular di Vietnam tahun ini memandangkan negara itu mempunyai vektor atau pembawa jangkitan iaitu nyamuk penyebab demam denggi.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Jabatan Perubatan Pencegahan Kementerian Kesihatan Vietnam, Tran Dac Phu, dipetik agensi berita China, Xinhua.

Menurut Phu, virus Zika akan merebak di Vietnam seperti demam denggi. Setakat ini, negara itu mengesan jangkitan Zika di beberapa kawasan.

Baru-baru ini, jangkitan wabak itu didapati meningkat di selatan bandar Ho Chi Minh membabitkan lebih 200 kes, kata Phu.

Pegawai itu berkata, pihaknya menjangka lebih banyak kawasan akan dijangkiti dan membawa kepada peningkatan lebih banyak kes tahun ini.


Bagaimanapun, Phu menggesa penduduk tempatan tidak panik kerana kebanyakan jangkitan Zika di Vietnam adalah ringan dan tidak menyebabkan kematian.

Namun beliau memaklumkan, virus itu dikaitkan dengan penyakit mikrosefali di kalangan bayi baharu lahir, justeru wanita mengandung adalah berisiko.

Dalam kenyataan menerusi laman web jabatan itu, Phu memberi amaran, walaupun tiada sekatan perjalanan dilaksanakan, mereka yang pernah pergi ke kawasan dijangkiti Zika perlu memantau kesihatan mereka dalam tempoh 14 hari. – BERNAMA

Kategori