Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Ramlan Terima Surat Pelantikan...

PUTRAJAYA - Datuk Ramlan Ibrahim menerima surat pelantikan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Luar...

Satu Lagi Kertas Siasatan...

Kuala Lumpur : Satu lagi kertas siasatan berhubung kes gangguan seksual yang dikaitkan...

Harga Naik, Kes Curi...

KUALA NERANG - Oleh kerana harga getah sekerap naik, timbul kegelisahan apabila dikatakan...

DBKL Usir, Sita 15...

KUALA LUMPUR: Sejumlah 15 penjaja haram warga asing diusir dan dikenakan tindakan sita...

10 Jalan Di Ipoh Ditutup Mulai Esok Sempena Thaipusam

IPOH – Sepuluh jalan di bandar raya Ipoh akan ditutup secara berperingkat mulai 8 dan 9 Feb ini sempena sambutan perayaan Thaipusam, kata Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan.

Beliau berkata laluan yang terlibat ialah Jalan Raja Muda Aziz; Bulatan Hospital; Jalan Medan Istana; Jalan Panglima Bukit Gantang; Jalan Lim Boon Seng; Jalan Dato’ Onn Jaafar; Jalan SP Senivasagam; Jalan Sultan Yusof; Jalan Falim dan Jalan Tun Perak.

“Penutupan jalan berkenaan akan dimaklumkan melalui media massa dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai penutupan jalan melalui saluran media dan Hotline PDRM Perak di talian 05-2401999.

Menurutnya, Thaipusam akan disambut secara besar-besaran di beberapa kuil di Perak iaitu kuil Kallumalai Sri Subramaniam Alayam di Gunung Cheroh, Ipoh; kuil Sri Subramaniam Alayam di Kampung Kepayang, Ipoh; kuil Sri Subramaniyar Alayam, Sungai Siput; kuil Sri Subramaniyar Alayam, Sitiawan; kuil Sri Thandayuthabani Alayam, Tapah; kuil Sri Ayyanar Alayam, Taiping.


Sehubungan itu, Hasnan berkata kira-kira 800 anggota polis ditugaskan untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang perayaan itu di negeri ini.

“Keadaan keselamatan di Perak dalam keadaan baik dan terkawal. Pihak polis akan sentiasa memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang perayaan Thaipusam terkawal,” katanya.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya memberi kerjasama kepada pihak polis dan agensi penguat kuasa dengan mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas supaya perayaan dapat disambut dalam keadaan aman dan harmoni. – BERNAMA

Kategori