Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tiga Beradik Antara Empat...

Tawau : Empat individu termasuk tiga beradik direman selama tujuh hari bermula hari...

Projek ECRL Beri Manfaat...

KUALA LUMPUR - Keluaran Dalam Negara Kasar tiga negeri di Pantai Timur diunjurkan...

49,222 Pendatang Asing Tanpa...

KUALA LUMPUR - Seramai 49,222 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan di seluruh...

TPM Sah Identiti Kim...

SEPANG - Akhirnya identiti Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un...

1,187 Jersi Guna Logo JDT Tiruan Dirampas KPDNKK

JOHOR BAHRU – Sebanyak 1,187 jersi menggunakan logo jenama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) disyaki tiruan dirampas dalam serbuan di sebuah premis di kawasan rumah pangsa Taman Seroja, di sini, Jumaat lepas.

Selain jersi JDT, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor turut merampas 735 jersi berjenama Adidas dan Nike yang turut disyaki tiruan.

Timbalan Ketua Penguatkuasa KPDNKK Johor, Rizq Fazliana Abd Hamid berkata kesemua rampasan itu bernilai RM31,830 dan anggota penguat kuasa turut merampas satu mesin yang dipercayai digunakan untuk menampal pelekat logo JDT.

“Serbuan dilakukan hasil intipan selama seminggu selepas menerima aduan daripada pemilik jenama JDT Southern Tigers iaitu Southern Tigers Sdn. Bhd.,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata ketika serbuan, pemilik premis itu iaitu seorang lelaki berumur 30-an berada di dalam premis berkenaan bersama seorang pekerjanya.

Katanya keterangan daripada lelaki itu direkodkan dan dia didapati terlibat dalam perniagaan menjual pakaian dan jersi sejak lima tahun lepas serta pernah dikenakan kompaun RM1,000 tahun lepas kerana menjual jersi JDT tiruan di tempat awam di bandar raya ini.


“Hasil siasatan mendapati jersi JDT terbabit adalah untuk dijual di sekitar Johor dan luar Johor selain secara dalam talian pada harga RM45 berbanding harga jersi asli pada RM139,” katanya.

Rizq Fazliana berkata kesemua jersi itu disita bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011.

Sementara itu, Pengurus Besar Southern Tigers Sdn Bhd, Raja Fouzeel Akmal Raja Zainal berkata pihaknya mendapati jersi berkenaan dikategorikan sebagai gred AAA dan kualiti kain digunakan tidak sama dengan jersi asli. – BERNAMA

Kategori