Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

‘Kayu’ Ini Boleh Dijadikan...

PENGGUNAAN kad Touch 'N Go bukanlah sesuatu yang baharu dalam kalangan pengguna jalan...

UMNO Bertanding PRU15 Atas...

PASIR GUDANG - UMNO tidak menolak kemungkinan bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN)...

Polis Serbu Pejabat Bersih,...

KUALA LUMPUR - Sepasukan polis dari ibu pejabat Bukit Aman menyerbu pejabat Bersih...

Bursa Dijangka Turun Pada...

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia dijangka menyusut pada minggu depan, dengan penanda aras...

14.79 Juta Tenaga Buruh Di Malaysia Pada Disember 2016

PUTRAJAYA – Bilangan tenaga buruh di negara ini pada Disember 2016 adalah 14.79 juta, turun 0.3 peratus berbanding 14.83 juta bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan.

Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, kadar penyertaan tenaga buruh pada Disember 2016 adalah 67.6 peratus, turun 0.1 mata peratus berbanding bulan sebelumnya.

Perbandingan tahun ke tahun pula menunjukkan kadar penyertaan tenaga buruh pada Disember 2016 turun 0.3 mata peratus berbanding Disember 2015, katanya.

Menurut jabatan itu, kadar pengangguran di negara ini pada Disember 2016 adalah 3.5 peratus, naik 0.1 mata peratus berbanding bulan sebelumnya dan begitu juga perbandingan tahun ke tahun (Disember ke Disember) meningkat 0.1 mata peratus.


Jabatan itu berkata, maklumat itu diperolehi daripada Penyiasatan Tenaga Buruh (PTB) yang dilaksanakan untuk mengumpul maklumat berkaitan struktur dan taburan tenaga buruh, guna tenaga dan pengangguran di negara ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Buruh

Kategori