Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Tiada Rekod Pedofilia Sertai...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran menafikan pedofil British, Richard Huckle, 30 sebagai salah seorang...

PKR NS Harap BN...

SEREMBAN - PKR Negeri Sembilan tidak terkejut jika Barisan Nasional (BN) atau UMNO...

Ikan Temenung Semurah 5...

SUNGAI PETANI - Kedai ikan berhadapan Masjid Al-Majidi (Masjid Kuning) Sungai Layar dekat...

Najib Meriahkan Sambutan Deepavali...

KUALA LUMPUR - Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan...

17 Mati Akibat Rempuhan Di Stadium

JOHANNESBURG – Sekurang-kurangnya 17 maut, manakala berpuluh-puluh yang lain cedera selepas penyokong merempuh pintu masuk stadium bola sepak, dekat Angola, semalam.

Menurut laporan media Angola dan Portugis, insiden itu berlaku di barat laut bandar Uige ketika beratus-ratus penonton bergegas menuju ke satu pintu masuk stadium menyebabkan beberapa penonton jatuh lalu dipijak.

Agensi berita Portugis, Lusa melaporkan antara mangsa yang mati, termasuk kanak-kanak yang dipercayai akibat sesak nafas.

Presiden Angola, Jose Eduardo dos Santos mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mengarahkan pegawai membantu mangsa yang cedera serta siasatan dilakukan.

Insiden itu berlaku ketika penonton berpusu-pusu masuk ke stadium untuk menonton perlawanan pertama membabitkan pasukan tuan rumah Santa Rita de Cassia menentang Recreativo de Libolo dalam pertandingan Girabola kebangsaan. – AP/BH ONLINE

Kategori