Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mahu Lawat Anwar Di...

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin...

Video: Pura-Pura Jadi Jemaah...

SERI ISKANDAR - Pantang lihat peluang, seorang lelaki tergamak curi barangan milik jemaah yang sedang...

Jam Tangan ‘Pelangi’ Dirampas...

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan rampasan jam ‘pelangi’ jenama Swatch yang dikaitkan...

Terlibat Pelaburan Haram, Anak...

KUALA LUMPUR - Anak lelaki kepada pemain gitar terkenal negara ditahan dipercayai terlibat...

2 Individu Ajak Sertai Himpunan Nahas Basikal

JOHOR BAHRU – Polis mengenal pasti dua individu masing-masing mengeluarkan kenyataan mengajak orang ramai menyertai perhimpunan dan menghina polis ekoran kemalangan berbasikal di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata kedua-dua individu itu mengeluarkan kenyataan terbabit menerusi laman sosial Facebook.

“Individu pertama dikesan mengeluarkan kenyataan untuk mengadakan perhimpunan haram dan menjemput orang ramai untuk turut serta berkumpul di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

“Ia sebagai menyokong agenda kumpulan berbasikal yang secara tidak langsung membantah tindakan penguatkuasaan polis terhadap kumpulan ini,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Sulaiman memberi amaran kepada orang ramai bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa yang terlibat menganjurkan atau menghadiri perhimpunan itu.

Beliau berkata perhimpunan seumpama itu adalah haram dan tindakan akan diambil mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 terhadap mereka yang terlibat.

Katanya sesiapa yang terlibat dalam perarakan atau berarak dengan membawa sepanduk secara langsung dengan protes jalanan juga boleh didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Menurut Sulaiman, individu kedua pula dikenal pasti mengeluarkan perkataan menghina polis dan berbaur hasutan dalam laman sosial itu.


“Kenyataan menghasut orang ramai untuk membenci Polis Diraja Malaysia merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. Mereka yang terlibat boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya.

Menurut Sulaiman, pihaknya menerima pelbagai pandangan dan reaksi negatif daripada orang awam yang menyukarkan siasatan polis selain mengelirukan orang ramai berhubung kemalangan itu.

Beliau berkata adalah terlalu awal untuk mana-mana pihak membuat sebarang spekulasi atau keputusan mengenai hasil siasatan memandangkan siasatan mengenai kemalangan itu sedang dilakukan.

Katanya polis akan menyiasat kemalangan itu secara telus dan rapi mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

“Sehubungan itu, polis menasihati orang ramai supaya tidak mengeluarkan kenyataan negatif, persepsi atau fakta tidak sahih berhubung kemalangan berbasikal terbabit di mana-mana media yang boleh gugat ketenteraman awam,” katanya. – BERNAMA

Kategori