Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Pelakon Ali Setan, Azmil...

AKTOR Azmil Mustapha, 63, yang cukup terkenal dengan watak Ali Setan kini dikhabarkan...

4 Lelaki Menyamar Pegawai...

PUTRAJAYA – Empat lelaki yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Chong Wei Tetap Sasar...

SEPANG - Walaupun belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan pangkal paha, jaguh badminton negara,...

Henti Manipulasi Isu Sumbangan...

NIBONG TEBAL - Kementerian Pendidikan (KPM) mengingatkan semua pihak supaya berhenti daripada terus...

2 Maut 2 Kereta Bertembung Putus Di Bukit Putus

SEREMBAN – Dua lelaki maut manakala empat yang lain cedera parah selepas dua kenderaan bertembung di Jalan Bukit Putus Seremban-Kuala Pilah, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Zainurin Shariff berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 8.10 pagi dan tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian.

“Sebaik sampai di lokasi kemalangan, mangsa kemalangan sudah dikeluarkan orang awam.

“Didapati pemandu dan penumpang Perodua Kelisa maut di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi iaitu seorang lelaki dan tiga wanita cedera parah,” katanya kepada Bernama.

2 Maut 2 Kereta Bertembung Putus Di Bukit Putus

2 Maut 2 Kereta Bertembung Putus Di Bukit Putus

2 Maut 2 Kereta Bertembung Putus Di Bukit Putus


Zainurin berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi yang datang dari arah Kuala Pilah dan Perodua Kelisa dari arah Seremban bertembung di lokasi.

Kemalangan terbabit turut menyebabkan Perodua Kelisa itu terputus dua.

Zainurin berkata selain 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang dan Seremban, operasi menyelamat turut dibantu oleh Angkatan Pertahanan Awam dan polis.

“Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk tindakan lanjut,” katanya. – BERNAMA

Kategori