Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Curi Barang Kemas Nak...

Segamat - Seorang wanita ditahan kelmarin, selepas disyaki mencuri barang kemas ibunya sebelum...

Kewangan Kritikal, Felda Rancang...

KUALA LUMPUR - Felda kini berada dalam keadaan kritikal selepas menanggung hutang berjumlah...

Varian Baharu Omicron, BF.7...

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih...

Pesawat Terbesar Di Dunia...

SEBUAH pesawat udara buatan syarikat penerbangan, Hybrid Air Vehicles dilaporkan telah terhempas ke...

2 Suspek Wanita Bunuh Jong-Nam Cuma Kaldai?

PLOT kisah pembunuhan Kim Jong-nam semakin menarik seumpama filem perisikan sehingga mengejutkan dunia apatah lagi membabitkan abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.

Terbaharu ada dakwaan menyatakan kemungkinan dua wanita yang ditahan polis sebelum ini hanyalah ‘kaldai’ yang barang kali berjaya dieksploitasi oleh ejen perisikan asing untuk membunuh mendiang di Klia2 pada Isnin lalu.

Portal tempatan AgendaDaily memetik sumber disiarkan sebuah akhbar pada Jumaat mendedahkan ejen yang mempergunakan kedua-dua wanita terbabit tidak akan mendedahkan identiti kepada mereka dengan mudah.

“Dua wanita asing ini mungkin dipergunakan untuk terlibat secara langsung de­ngan pembunuhan tersebut supaya identiti perisik terbabit tidak terdedah. Ini adalah taktik perisikan yang biasanya dipanggil cut out,” katanya.

Media semalam melaporkan Siti Aisyah, 25, yang merupakan warga Indonesia dan warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29, berjaya ditahan polis tidak sampai sehari selepas berita pembunuhan Jong-nam tersebar ke seluruh dunia.

Kepantasan pihak polis memberkas suspek mencetuskan persoalan sama ada perisik berkenaan terlalu bodoh atau bertaraf amatur kerana pada kelaziman, ejen Korea Utara yang dicekup polis akan membunuh diri mereka sendiri.

Dalam pada itu, sumber lain mendedahkan bahawa, Siti Aisyah yang ditahan pada jam 2 pagi juga di Klia2 tidak mempunyai sebarang rekod kemasukan sah ke negara ini atau disebut sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI).

Menurut sumber, suspek utama itu ditahan selepas teman lelakinya, Muhammad Farid Jalaluddin, 26, yang merupakan warga tempatan diberkas oleh pihak polis di sekitar Ampang, Selangor lewat petang kelmarin.

Kali terakhir Siti Aisyah direkodkan masuk ke Malaysia ialah pada 16 November tahun lalu melalui Terminal Feri Antarabangsa Stulang Laut, Johor Bahru sebelum keluar semula dari negara ini ke satu lokasi yang tidak diketahui.

“Suspek tersebut dipercayai menggunakan pesawat sebuah sayarikat penerbangan tambang murah pada 21 Januari lalu. Bagaimanapun, tiada rekod kemasukan semula wanita itu ke negara ini selepas itu,” kata sumber itu.

Dalam pada itu, Thi Huong dipercayai memasuki Malaysia pada pukul 12 tengah malam 4 Februari lalu. Visual wanita ini menjadi tular ke seluruh dunia selepas rakaman kamera litar tertutup Klia2 didedahkan oleh media.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam kenyataan berasingan mengesahkan penahanan Siti Aisyah pada pukul 2 pagi ini di lokasi yang tidak didedahkan serta penangkapan Muhammad Farid semalam.


“Ketika ditahan, dia bersendirian dan pemeriksaan awal mendapati pasport miliknya dikeluarkan di Serang, Indonesia. Teman lelakinya juga direman untuk membantu siasatan kes pembunuhan Jong-nam,” katanya.

Penahanan terbaharu itu menjadikan jumlah terkini tangkapan suspek pembunuhan berprofil tinggi Jong-nam sebanyak tiga orang dan kepantasan pihak polis bertindak turut mendapat liputan luas media antarabangsa.

Sementara itu, Agendadaily difahamkam bahawa isteri kedua Kim Jong-nam, meminta bantuan kerajaan China untuk menuntut mayat suaminya. Permohonan tersebut dibuat melalui Kedutaan China di Kuala Lumpur.

Tiada maklumat lanjut diperoleh kecuali mayat berkenaan tidak akan dilepaskan sehingga pihak berkuasa Malaysia menerima laporan penuh bedah siasat. Laporan rasmi dijangka hanya keluar dalam masa seminggu.

Jong-nam, 46, adalah anak sulung pemimpin Korea Utara Kim Jong-il. Mendiang menjadikan Macau sebagai kediamannya sejak sekian lama seperti mana dilaporkan serta tempat tinggal isteri kedua dan anaknya berada.

Namun, mendiang selalu ke Beijing, China menemui isteri pertama dan anaknya yang tinggal di sana. Jong-nam memasuki Malaysia pada 6 Februari dan sepatutnya balik ke Macau menerusi penerbangan jam 10 pagi pada Isnin.

Mangsa dilaporkan sempat mendapatkan bantuan perubatan di kaunter perkhidmatan Klia2 pada 13 Februari, beberapa jam sebelum terbang ke Macau. Dia meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Bedah siasat bagaimanapun dijalankan di Hospital Kuala Lumpur bagi menentukan punca kematian. Korea Utara sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kematian itu meminta mayat berkenaan diserahkan tanpa bedah siasat.

Namun, permintaan tersebut ditolak. Malaysia dan Korea Utara memiliki hubungan diplomatik yang baik malah rakyat kedua-dua negara boleh melakukan perjalanan tanpa memerlukan visa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori