Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Manifesto BN: 69 Projek...

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan memperkasakan kesiapsiagaan bagi menghadapi banjir melalui...

PM Laung Merdeka 7...

KUALA LUMPUR - Dataran Merdeka bergema dengan laungan Merdeka sebanyak tujuh kali -...

Kanak-kanak 11 Tahun Maut...

KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun meninggal dunia dipercayai akibat dibelasah pelajar...

Isteri Mejar Zahir, Anak...

IPOH - Isteri Allahyarham Mejar Mohd. Zahir Armaya, Nour Shafinar Harun, 31, akan...

2 Syarikat Guna Perisian Cetak Rompak Diserbu

KLUANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Kluang menyerbu dua syarikat di sini kerana disyaki menggunakan perisian cetak rompak bagi menjalankan perniagaan mereka.

Serbuan melibatkan sebuah syarikat kejuruteraan dan sebuah syarikat reka bentuk dalaman itu masing-masing dilakukan kira-kira 2.30 petang, 22 Feb dan 10 pagi, 23 Feb lepas.

Satu daripada syarikat itu terletak di Kawasan Perindustrian Kluang manakala satu lagi di pusat bandar Kluang.

Ketua Cawangan KPDNKK Kluang, Abdul Wahid Ahmad berkata serbuan dilakukan hasil aduan Business Software Alliance (BSA) yang merupakan pemilik sebenar perisian berkenaan.

Beliau berkata perisian-perisian itu adalah Adobe, Autodesk dan Solidworks.

“Dua komputer dan lima perisian dianggarkan bernilai RM166,000 telah dirampas dalam serbuan pertama.

“Dalam serbuan kedua pula, sebuah lagi komputer bersama tiga perisian turut dirampas yang kesemuanya dianggarkan berjumlah RM41,000,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.


Abdul Wahid menambah pihaknya tidak melakukan sebarang tangkapan, namun, kedua-dua syarikat berkenaan tidak akan dibenarkan daripada terus menggunakan perisian terbabit.

“Setakat ini, pihak kami masih menyiasat sejak bila kedua-duanya telah menggunakan perisian itu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1)(d) Akta Hak Cipta 1987 kerana memiliki perisian cetak rompak dan untuk kegunaan sendiri.

Jika sabit kesalahan, syarikat atau pengarah syarikat boleh didenda maksimum RM20,000 setiap keping perisian cetak rompak atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. – BERNAMA

Kategori