Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Adnan Zaylani Dilantik Penolong...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelantikan Adnan Zaylani Mohamad Zahid...

Banjir: Patuhi Arahan Berpindah...

MARANG - Penduduk tinggal di kawasan berisiko banjir diingatkan agar tidak berdegil dengan...

Jangan Gantung Bendera Politik...

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan agar semua...

Polis Dihargai, Dapat Bunga...

GAMBAR seorang kanak-kanak memberikan sekuntum bunga kepada seorang anggota polis trafik menjadi viral...

3 Dekad Jadi Anak Seni, Ella Rancang Terbit Buku Biografi

PEMINAT ratu rock Ella boleh bersiap sedia apabila bintang rock terunggul negara itu bakal menerbitkan sebuah buku biografi tidak lama lagi.

Berita Harian melaporkan, perancangan untuk menghasilkan buku biografi yang akan menceritakan perjalanan hidupnya sebagai anak seni itu adalah salah satu program yang akan dilaksanakan sempena 30 tahun pembabitannya dalam dunia seni.

Menurutnya, selain penerbitan buku, bekas penyanyi kumpulan Ella & The Boys itu akan menghasulkan album baru berkonsepkan akustik.

“Album yang mengandungi lapan lagu itu sudah siap dan akan berada di pasaran pada April nanti.

“Antara komposer yang turut menyumbangkan lagi ialah Datuk M Nasir serta Lord yang menghasilkan lagu single untuk album itu berjudul P.L.R (Peace, Love, Rindu),” katanya.

Penyanyi yang berusia 51 tahun itu menggambarkan penglibatannya dalam dunia seni selama tiga dekad itu dipenuhi dengan warna warni dan sangat manis.

Jelasnya, bersyukur kerana mampu kekal dalam industri sehingga hari ini namun bidang nyanyian bukan menjadi keutamaannya sekarang.

“Fokus Ella akan dibahagikan kepada perniagaan dan juga kehidupan peribadi,” katanya.

Menyentuh mengenai gaya pemakaian tudung, Ella atau Norzila Aminudin kini sedang menjalankan kempen Ella Rasa…Ella Nak Cari Designer Shawl yang memberi peluang kepada peminat atau sesiapa mempunyai idea untuk mereka tudung bersesuaian dengan imejnya.


Ella berkata, pertandingan yang berlangsung dari 13 hingga 26 Februari itu bakal dipecahkan kepada tiga kategori iaitu Aidilfitri, Kasual dan Rock & Roll.

Jelasnya, peserta bebas untuk menghantar seberapa banyak rekaan untuk setiap kategori selain boleh menyarankan jenis fabrik atau corak yang difikir sesuai dengan dirinya.

“Saya menganggarkan setiap kategori kami akan menerima 50 lakaran baru sebelum memilih pemenang setiap kategori yang menepati kriteria iaitu menarik, unik dan asli,” katanya.

Menurutnya, pencarian rekaan itu juga merupakan sebahagian daripada publisiti untuk pelancaran koleksi terbaharu shawl dibawah jenamanya iaitu Inai by Ella pada Mac depan.

Pemenang yang terpilih akan menerima hadiah terkumpul sebanyak RM5,000 dan rekaan tersebut akan dipakai oleh Ella sendiri. – MYNEWSHUB.CC

Kategori