Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Peniaga Kecil Perlu Usaha...

KUALA LUMPUR - Laporan yang mendakwa kononnya peniaga kecil mengalami kesukaran melakukan pendaftaran...

Hanya 30% Anggota Bomba...

SIK - Hanya 30 peratus daripada keseluruhan anggota bomba dan penyelamat dibenarkan mengambil...

Elemen Al-Quran Panduan Hadapi...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bertitah menyeru umat Islam...

Zahid Jelaskan Isu MB...

PAU 2021 | Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi akan memberikan penjelasan mengenai pelantikan...

300,000 Pesakit Dapatkan Rawatan Di IJN Pada 2016

KUALA KANGSAR – Seramai 300,000 pesakit yang mengalami pelbagai jenis penyakit berkaitan jantung menerima rawatan sebagai pesakit luar di Institut Jantung Negara (IJN) sepanjang 2016, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub.

Beliau berkata jumlah itu mencatatkan peningkatan sebanyak lima peratus berbanding tempoh sama pada 2015.

“Kebanyakan pesakit jantung adalah mereka yang berusia di antara 50 hingga 60 tahun… kebanyakannya tidak mengamalkan gaya hidup sihat, merokok dan obesiti.

“Kadar jumlah pesakit luar yang menerima rawatan di IJN dijangka meningkat di antara lima hingga tujuh peratus setiap tahun. Ini merupakan perkara serius yang perlu ditangani secara bersama,” katanya kepada pemberita selepas Program Pemeriksaan Risiko Jantung anjuran IJN di sini, hari ini.

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim berkenan berangkat menghadiri program itu dan meluangkan masa kira-kira sejam termasuk melawat pameran yang diadakan.

Turut hadir Exco Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri Datuk Dr Mah Hang Soon dan Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid serta kira-kira 1,500 pengunjung.


Program berkenaan merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) IJN sempena ulang tahunnya yang ke-25. Ia akan mengadakan program sama di 25 lokasi di seluruh negara.

Daerah Kuala Kangsar merupakan lokasi kedua siri jelajah itu yang menawarkan pemeriksaan jantung, mata, gigi dan telinga secara percuma kepada penduduk setempat.

Inisiatif itu, yang dilaksanakan menerusi sukarelawan IJN, bertujuan memperluaskan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk luar bandar yang mempunyai akses terhad untuk menjalani pemeriksaan atau rawatan jantung di institut itu. – BERNAMA

Kategori