PUTRAJAYA – Lazimnya bukanlah sesuatu pemandangan luar biasa menyaksikan troli pasar raya bersepah di luar premis terbabit oleh pelanggan yang mungkin ‘malas’ memulangkannya semula.
Pada kebiasaan, memang ada pekerja pasar raya berkenaan yang ditugaskan untuk mengambil balik troli tersebut namun bagaimana pula jika diletakkan lebih satu kilometer jarak jauhnya. Memang tiada kesedaran sivik!
Begitulah perkongsian pengalaman seorang netizen dikenali sebagai Azmin Ishak bercerita mengenai usaha dia dan tiga rakannya mengumpul puluhan troli yang sengaja tidak dikembalikan di pusat beli-belah Alamanda Putrajaya.
Menerusi kisah disiarkan di Facebook, beliau turut memuat turun dua gambar yang menunjukkan bagaimana keadaan troli tersebut mampu ‘berjalan’ jauh sehingga ke surau kawasan perumahan penduduk di Presint 16.
Bagi yang biasa dengan tempat itu, tentu anda boleh bayangkan betapa ‘gigih’ pelanggan tersebut merentasi laluan berliku termasuk menempuhi stesen minyak Petronas, pasar awam, medan selera dan kompleks sekolah.
Ikuti luahan kesal Azmin yang turut bersyukur sekurang-kurangnya usaha kecil dia bersama-sama dengan tiga sahabatnya itu walaupun dianggap ‘wira tidak berdendang’, tentunya mendapat balasan daripada Allah SWT:
Semoga perkongsian Azmin itu sedikit sebanyak membuka mata masyarakat kita agar lebih peka dengan isu sebegini dan bukan mementingkan diri sendiri sahaja sehingga menyusahkan pihak lain. – Mynewshub.cc/HAA
* Nota: Video di bawah menunjukkan bagaimana kehidupan seharian pekerja pemungut troli profesional di luar negara.