Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Taufan Matthew: 4 Terbunuh...

MIAMI - Empat kematian pertama dilaporkan akibat Taufan Matthew di Amerika Syarikat ketika...

Mohd Ali, Ras Adiba...

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohamad...

Kecoh Bila Bekas Kekasih...

SEBUAH majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung dalam kemeriahan bertukar menjadi 'tragedi’ apabila bekas...

8.4 Juta Terima STR...

KUALA LUMPUR : Kerajaan bersetuju menambah peruntukan program subsidi bersasar Sumbangan Tunai Rahmah...

5 Tan Abu Al-Quran Dilupus Di Perairan Pulau Kendi

GEORGE TOWN – Sebanyak lima tan abu daripada al-Quran yang dibakar, dilupuskan di perairan Pulau Kendi kira-kira 12 batu nautika dari Batu Uban di sini, hari ini.

Abu itu dibawa dari jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban menggunakan bot milik pasukan penguatkuasaan itu kira-kira 9 pagi tadi ke kawasan laut berkenaan.

Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Mohd Noor berkata proses membakar al-Quran dan membuang abunya ke laut merupakan kaedah yang tertib bagi tujuan pelupusan al-Quran demi memelihara kehormatannya.

Beliau berkata kaedah lain bagi melupuskan al-Quran ialah dengan menanamnya dalam tanah.

“Namun, kaedah itu dilihat kurang bersesuaian kerana dikhuatiri tapaknya dipijak dan menimbulkan rasa tidak senang,” katanya kepada pemberita semasa operasi pelupusan abu al-Quran itu di sini, hari ini.


Yang Di-Pertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang Datuk Mohd Salleh Man pula berkata al-Quran itu dibakar menggunakan mesin pembakaran khas di Pusat Pelupusan al-Quran Pulau Pinang di Seberang Perai Selatan dekat sini, sebelum dibungkus dan dibawa ke laut.

“Proses pelupusan hari ini adalah yang kedua diadakan sejak pusat pelupusan di bawah pengurusan Masjid Daerah Seberang Perai Selatan beroperasi dua tahun lepas,” katanya.

Menurutnya proses pelupusan al-Quran di laut itu akan menjadi operasi tahunan bagi melupuskan kitab suci umat Islam itu secara tertib. – BERNAMA

Kategori