Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Selam Ke Dasar Laut...

SELAMA ini, Sultan Johor lebih dikenali kerana gemar memandu kenderaan klasik, namun kali...

KPM Umum Berita Gembira...

MELAKA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengumumkan beberapa berita baik buat warga...

DAP Pimpin Malaysia Secara...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mahu Malaysia menjadi sebuah negara yang...

Najib Terus Terima Sokongan...

KUALA LUMPUR - Pelbagai pihak hari ini terus menyuarakan sokongan tidak berbelah bahagi...

5,000 Pingat Olimpik Tokyo 2020 Daripada Telefon Lama

TOKYO – Ratusan orang menuju ke bangunan kerajaan Jepun di sini mendermakan telefon bimbit lama mereka untuk dikitar semula bagi menghasilkan ribuan pingat Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Penganjur temasya sukan Olimpik musim panas itu berharap, menerusi usaha murni tersebut, mereka akan dapat mengumpulkan sehingga lapan tan besi daripada pelbagai telefon bimbit lama dan peralatan elektrik yang kecil.

Usaha mesra alam sekitar tersebut dijangka dapat menghasilkan sebanyak 400 kilogram emas, hampir 3,000 kilogram perak dan 3,000 kilogram gangsa untuk kesemua 5,000 pingat sukan Olimpik dan Paralimpik 2020.

Idea penggunaan bahan itu hasil mesyuarat pada tahun lalu ekoran setiap tahun rakyat Jepun membuang 650,000 tan produk elektronik dengan kurang 100,000 tan daripadanya boleh dikitar semula untuk tujuan kelestarian.

5,000 Pingat Olimpik Tokyo 2020 Daripada Telefon Lama

Kajian pihak berkuasa negara itu mendapati, setiap tahun dianggarkan 143 kilogram emas selain hampir 1,566 kilogram perak dan 1,112 tan tembaga mampu diperoleh hasil daripada telefon selular yang dibuang tersebut.

Ia turut merupakan usaha pertama seumpamanya dalam sejarah sukan Olimpik moden bermula di Athens, Greece pada 1896 dan bakal memasuki edisi ke-32 di Tokyo yang juga kali kedua terpilih selepas julung kali pada 1964.


Selain menggalakkan usaha cinta kepada alam, projek unik tersebut juga bertujuan melibatkan orang ramai dalam sukan Olimpik 2020 yang dijadualkan dari 24 Julai sehingga 9 Ogos dengan penyertaan 207 negara atau wilayah.

Dianggarkan lebih 12,000 atlet bakal menyertai 324 acara daripada 33 jenis sukan di 33 tempat pertandingan. Kerajaan Jepun berbelanja lebih 400 bilion yen (kira-kira RM13.4 bilion) untuk temasya terbesar dunia itu.

Langkah inovasi tersebut dilakukan kerana negara ‘matahari terbit’ itu tidak mempunyai sumber galian termasuk lombong sekali gus menjimatkan bajet untuk kos penganjuran sukan berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori