Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Buru Individu Tipu...

KUALA LUMPUR - Polis memburu dua individu bagi membantu siasatan berhubung sindiket memungut...

MP DAP Pertahan Caj...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng mempertahankan tindakan banyak...

Underwater World Singapore Ditutup...

SINGAPURA - Pusat tarikan terkenal di Singapura, Underwater World Singapore (UWS) ditutup secara...

Misi Jahat Gagal, 12...

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menggagalkan satu rancangan jahat untuk menghuru-harakan negara selepas menahan sekumpulan...

7 Kaki Judi Termasuk Warga Emas Ditahan Dalam Serbuan

BUKIT MERTAJAM – Seramai tujuh individu termasuk dua wanita yang sedang leka bermain judi jenis yoke yang menggunakan papan mahjong ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Bukit Kecil, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis dari bahagian kongsi gelap, judi dan maksiat (D7) menyerbu rumah itu kira-kira pukul 10.45 malam.

“Semasa serbuan itu, pemain serta penganjur judi berkenaan yang sedang leka berjudi terkejut dengan kehadiran polis dan mereka juga tidak sempat melarikan diri.

“Mereka yang berusia 48 hingga 75 tahun itu juga mendakwa berjudi hanya untuk seronok-seronok sahaja tanpa sebarang pertaruhan tetapi pemeriksaan di situ mendapati ia adalah sebaliknya,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati seorang daripada mereka yang ditahan itu merupakan pemilik rumah dan penganjur pemain judi berkenaan.

Nik Ros Azhan berkata kesemua mereka termasuk seorang wanita warga emas itu menjadikan kawasan ruang parkir kenderaan di tepi rumah berkenaan sebagai tempat bermain judi tersebut sejak beberapa minggu lepas.


Katanya susulan penahanan mereka, polis merampas wang pertaruhan sebanyak RM16,490 dan peralatan untuk bermain judi antaranya kerusi, meja, papan mahjong, buah mahjong serta pelbagai cip berwarna warni.

Mereka yang bekerja sebagai peniaga, kontraktor, jurujual dan suri rumah itu ditahan bagi membantu siasatan, katanya.

“Polis juga meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung aktiviti perjudian di kawasan mereka agar memaklumkan kepada polis agar kami dapat mengambil tindakan dalam usaha membendung penganjurannya,” katanya. – BERNAMA

Kategori