Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tunggakan Gaji 12 Bekas...

KUALA LUMPUR ā€“ Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengarahkan Persatuan Bola Sepak Polis...

HeadFoams Pro: Fon Kepala...

Sejak di zaman sekolah asrama lagi, kami gemar menggunakan fon kepala berbanding fon...

TPM Beri Bantuan Kepada...

KUCHING ā€“ Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini...

Tokan Dadah Wanita Beraya...

Manjung : Wanita dipercayai tokan dadah yang baru tiga bulan aktif kegiatan itu...

7 Lelaki Ditahan, Selesai 10 Kes Di Sandakan

SANDAKAN – Polis menyelesaikan 10 kes samun, pecah rumah dan curi kenderaan di daerah ini dengan tertangkapnya tujuh lelaki menerusi tiga operasi berasingan sepanjang minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Azhar Hamin berkata kesemua yang ditahan itu merupakan warga tempatan, berusia antara 21 dan 32 tahun.

Turut dirampas ialah 15 barangan, tiga motosikal, komponen motosikal dan sebuah van yang dicuri.

Kejayaan tangkapan ini merupakan hasil kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat kepada polis, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Azhar berkata tangkapan pertama membabitkan dua lelaki berusia 31 dan 32 tahun yang disyaki terlibat dalam kes samun dan pecah rumah dengan 15 barangan termasuk jam tangan dan telefon bimbit dirampas daripada mereka.


Bagi kes kedua pula polis menahan tiga lelaki berusia antara 21 dan 26 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes curi motosikal dan merampas tiga motosikal serta komponen motosikal daripada kedua-duanya.

Kes ketiga membabitkan tangkapan dua lelaki berusia 22 dan 27 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes curi kenderaan dan merampas sebuah van disyaki dicuri daripada mereka, katanya. – BERNAMA

Kategori