Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kaji Beri Perlindungan Insurans...

KEMAMAN - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Kementerian Pendidikan mengkaji untuk menyediakan...

Kenapa Tak Keluar Awal?

JOHOR BAHRU : Tindakan bekas Ketua BERSATU Bahagian Tebrau, Mazlan Bujang meletakkan jawatan...

Gangguan Kualiti Air Jejaskan...

KUALA TERENGGANU : Gangguan kualiti air berpunca daripada penerobosan air masin pada muka...

PRU15: [RASMI] Muhyiddin Menang...

MUAR ā€“ Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menang besar dengan...

978 Mangsa Banjir Di Johor Masih Berada Di PPS

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di Johor berkurangan kepada 978 orang setakat pukul 12 tengah hari ini berbanding 1,010 orang pada pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat berkata jumlah itu melibatkan 258 keluarga dan mereka ditempatkan di 17 pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat, Muar dan Tangkak.

Daripada 978 orang itu, seramai 657 orang daripada 165 keluarga berada di 14 PPS di Segamat, katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa di Segamat melibatkan penduduk di Kampung Pogoh, Kampung Spang Loi, Kampung Tekam, Kampung Sanglang, Kampung Bukit Singgir, Kampung Bukit Limau Manis serta Kampung Chodan.


Katanya seramai 296 orang daripada 87 keluarga pula berada di dua PPS di Muar iaitu Balai Raya Kampung Jawa dan Sekolah Kebangsaan Bukit Kepong manakala 25 orang daripada enam keluarga berada di satu PPS di Tangkak iaitu Balai Raya Durian Chondong.

Ayub berkata jalan Pagoh-Tekam di Muar masih terputus hubungan akibat dinaiki air manakala jalan Kampung Sungai Pinggan di Pontian terjejas akibat jambatan runtuh. – BERNAMA

Kategori