Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

KBS Sasar 6 Juta...

SUNGAI PETANI - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan enam juta penyertaan pada Hari...

Konsert ‘Wajah’ Pukau 400...

IPOH - Paduan suara 22 anggota Koir Kebangsaan Malaysia berjaya memukau kira-kira 400...

Veteran UMNO Gembira Dengan...

TUMPAT - Seorang pesakit kronik Said Sulaiman, 64, yang berjuang dalam Umno selama...

Zain Kena Bedah –...

Hasrat aktres jelita Rozita Che Wan untuk beraya 'sakan' bersama keluarganya terjejas apabila...

Abdul Amzar Berat Hati Kembali Ke New Zealand

ALOR SETAR – Pelajar Malaysia yang ditemui lemas di Tasik Karapiro, New Zealand hari ini, Abdul Amzar Azim Azmi, 21, menunjukkan perubahan yang sangat ketara, beberapa hari sebelum berangkat balik ke negara itu, Selasa lalu.

Bapanya Azmi Abd Seman, 49, berkata anaknya yang baru kembali ke negara itu setelah bercuti tiga bulan sejak November, menunjukkan perangai pelik seperti memasuk dan mengeluarkan semula pakaiannnya ke dalam bagasi berulang kali, seminggu sebelum berangkat.

“Bilik dia macam tongkang pecah, dia seolah-olah terlalu berat hati untuk kembali ke New Zealand.

“Pada hari dia nak bertolak balik pula, dia tak bercakap sepatah pun dengan kami dan tidak memeluk dan mencium kami seperti biasa,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Belukar, Hutan Kampung, di sini.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini mengesahkan Abdul Amzar Azim dijumpai mati lemas di Tasik Karapiro pada pukul 12 tengah ini (waktu tempatan) oleh pihak berkuasa tempatan selepas hilang semalam.

Allahyarham adalah penuntut bidang Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Waikato, Hamilton dan mangsa dipercayai dihanyutkan arus ketika mandi di tasik itu petang semalam.

Azmi berkata anaknya sebelum ini kerap ke tasik tersebut bersama rakan-rakannya yang lain untuk beriadah, namun hanya pada hari kejadian Allahyarham memutuskan untuk mandi di situ.

“Selalunya dia tidak akan mandi tetapi pada hari itu dia kata mahu mandi namun rakannya yang lain tidak ikut sama… hanya dia seorang.


“Rakannya di sana memaklumkan mayat anak saya ditemui di dasar tasik. Walaupun sedih, saya gembira kerana mereka beritahu wajahnya sangat berseri-seri ketika ditemui,” katanya.

Azmi yang bekerja sebagai kontraktor kecil-kecilan berkata Allahyarham merupakan seorang pelajar yang sering mendapat keputusan peperiksaan cemerlang sejak dari sekolah rendah dan sangat patuh pada agama dan ibu bapa.

Sementara itu, ibu Allahyarham, Azura Bahari, 44, berkata anak sulungnya dari lima beradik adalah seorang yang rajin dan turut melakukan kerja sambilan seperti mencuci pinggan demi menampung kos pembelajarannya.

“Walaupun dia mendapat tajaan MARA, dia sangat berjimat. Kalau kami hendak kirim duit dia akan menolak dan suruh beri pada adik-adik yang lain,” katanya.

Menurut Azura, mereka sekeluarga memutuskan untuk tidak ke New Zealand memandangkan pihak bertanggungjawab memaklumkan akan menguruskan jenazah anak mereka sehingga tiba di Kedah, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Hutan Kampung.

“Setakat ini kami belum tahu lagi bila jenazah akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebab perlu melalui pelbagai proses tapi jangkaan awal ialah pada Jumaat atau Sabtu ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori