Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Seorang Maut, Dua Cedera...

KLUANG : Lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan di Kilometer 33.5...

50 Bas Bawa Penyokong...

Johor Bahru : Sebanyak 50 buah bas disediakan oleh Kelab Penyokong Bola Sepak...

Manifesto BN Selangor Bakal...

TANJONG KARANG - Manifesto Barisan Nasional (BN) Selangor yang akan diumumkan Ahad ini...

Anak Kim Kardashian Kena...

ANAK Kim Kardashian, North West menerima kecaman dari pengguna media sosial yang berpendapat...

Abu Sayyaf Penggal Tebusan Warga Jerman

MANILA – Militan Abu Sayyaf menyiarkan satu rakaman video yang memaparkan anggota kumpulan itu memenggal kepala tebusan warga Jerman, Jurgen Gustav Kantner yang diculik di selatan Filipina.

Video pendek yang disiarkan SITE Intelligence Group, yang memantau laman sesawang militan, adalah petunjuk pertama Abu Sayyaf melaksanakan ancaman untuk membunuh Kantner selepas tarikh akhir pembayaran wang tebusan tamat kelmarin.

Dalam video berkenaan Kantner dilihat duduk di atas rumput dan berkata, ”Kini mereka akan membunuh saya.”

Seorang anggota militan yang memakai topeng kemudian memenggal kepala Kantner dengan menggunakan pisau bengkok.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Jerman Martin Schaefer berkata, pakar meneliti video itu bagi memastikan ia asli atau tidak.

“Sekiranya video ini asli, ia sangat mengejutkan,” katanya.


Abu Sayyaf menculik Kantner dan membunuh isterinya selepas memintas kapal layar yang dinaiki pasangan berkenaan berhampiran perairan Sabah di Malaysia pada November lalu.

Kumpulan itu meminta wang tebusan berjumlah 30 juta peso (RM2.7 juta) sebagai syarat untuk membebaskan Kantner.

Abu Sayyaf juga masih menahan beberapa tebusan warga asing termasuk dari Indonesia dan Malaysia. – AP/myMetro Online

Kategori