Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lebih 3,000 Paket Kuih,...

IPOH: Lebih 3,000 paket kuih-muih dan pelbagai juadah yang dijual pada harga RM1...

Budak 7 Tahun Hilang...

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dilaporkan hilang ketika menemani bapanya menunaikan solat Isyak...

Lelaki Rambut Panjang 63...

JIKA dilihat dari kejauhan, lelaki warga emas berusia 60 tahun ini seakan memegang...

Pendidik Gigih Sebelah Tangan...

KUALA KRAI - Seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mengkebang di sini, yang...

Ahli Perniagaan Tipu Pelaburan Hotel Di Makkah

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan seorang ahli perniagaan yang menghadapi dua pertuduhan menipu pelaburan pajakan bilik hotel di Makkah yang melibatkan kerugian lebih RM320,000 dibebaskan dengan jaminan.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membenarkan tertuduh, Sheikh Saidey Nor Sheikh Abdul Rahman 43, bekas tentera, diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 April ini bagi sebutan semula kes.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin, bagaimanapun, Sheikh Saidey Nor yang diwakili peguam Che Arifin Mohd Ali, memohon dibenarkan jaminan minimum dengan alasan tertuduh perlu menanggung isteri dan empat anak.

“Saya memohon jaminan minimum dengan mengambil kira kes tertuduh di Mahkamah Majistret Selayang yang dibenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin. Hari ini saudara tertuduh bersedia untuk menjaminnya,” katanya.

Pada 11 Jan lepas, Sheikh Saidey Nor dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini atas pertuduhan menipu dengan memperdaya Mohd Ismail Norbat melalui penama Nor Hazeerena Hamdan dengan menawarkan pajakan bilik hotel di Makkah yang tidak wujud.

Perbuatan itu mendorong mangsa memasukkan wang berjumlah RM324,300 ke dalam tiga akaun milik Nor Hazeerena sebelum dipindahkan ke lapan akaun yang diuruskan oleh tertuduh atas arahan tertuduh sedangkan mangsa tidak akan melakukannya sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.


Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di Maybank Desa Pandan, di sini antara 27 Nov 2015 dan 30 Jun tahun lalu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Pada 10 Jan lepas, tertuduh dan isterinya, Sofia Affendi, 42, masing-masing dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan berkaitan menipu dan bersubahat memperdaya pelabur berkaitan program Islamic Hotel, dua tahun lalu.

Pada 12 Jan lepas, Sheikh Saidey Nor dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang atas pertuduhan menipu dan memperdaya beberapa individu berhubung pelaburan pajakan bilik hotel di Makkah. – BERNAMA

Kategori