Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Perangi Tempat Pembiakan Nyamuk...

PUTRAJAYA - Selangor diminta mempergiatkan usaha menghapuskan tempat pembiakan nyamuk eedes bagi mengawal...

MAIWP RM3 Juta Untuk...

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menyerahkan peruntukan tambahan...

Isu Gambar Najib Di...

Bahana menyebarkan berita palsu, satu NGO bawah Pemuda UMNO, Briged Kesatria Muda Malaysia...

Penduduk Bantah Lori Bauksit...

KUANTAN - Kira-kira 150 penduduk di Taman Balok Baru di sini mengadakan demonstrasi...

AirAsia Perkenal Laluan KL Ke Bhubaneswar

KUALA LUMPUR – AirAsia Bhd memperkenal laluan Kuala Lumpur ke Bhubaneswar, India, berkuat kuasa 26 April, 2017.

Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia berkata pengenalan laluan berkenaan menandakan laluan ke-14 syarikat penerbangan itu ke India dengan penerbangan terus kali seminggu ke Bhubaneswar, ibu negeri Odisha.

“Promosi tambang rendah bermula dari RM99 sehala boleh ditempah mulai 23 Februari hingga 5 Mac 2017 bagi tempoh perjalanan mulai 26 April hingga 27 Okt, 2017,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Aireen Omar berkata dengan Bhubaneswar kini dalam rangkaiannya, AirAsia meneroka potensi perjalanan udara antarabangsa dari Kuala Lumpur ke timur India dan kawasan sekitar.


“Pada masa yang sama, penduduk Odisha boleh menggunakan Bhubaneswar sebagai pintu masuk ke rangkaian meluas kami ke ASEAN dan lainnya, serta akses ke lebih 120 destinasi,” katanya. – BERNAMA

Kategori