Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pondan Disney Bergaya Rompak...

New York - Pihak polis sedang memburu seorang perompak bank yang dilihat kali...

Dianggap Sebagai Kekasih Anak...

Dengan kulit yang bercahaya, rambut tebal tanpa kedutan di badan, sukar untuk mempercayai...

Wanita Jadikan Darah Haid...

BAGI kebanyakan orang, darah haid adalah sesuatu yang dianggap sensitif dan disifatkan sebagai kotor...

Lelaki Didenda RM4,000 Tuduhan...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari...

Aksi Berani Mati Model Rusia Ini Dikecam Teruk

TAKSUB mahu mendapatkan gambar yang cantik dan menarik, seorang model Rusia sanggup mengadaikan nyawanya dengan ‘bergantungan’ di aras 1000 kaki di udara di sebuah bangunan pencakar langit di Dubai, baru-baru ini.

Viktoria Odintsova, 23, bergayut tanpa sebarang alat keselamatan di Menara Cayan, dia hanya bergantung sepenuhnya dengan kekuatan tangan jurugambar yang memegang tangan kanannya.

Menurut Viktoria, dia sama sekalli tidak menyangkakan mampu melaksanakan tugasnya yang cukup mencabar itu.

“Saya masih tak percaya yang saya lakukan kerja gila. Setiap kali saya tengok balik video itu, memang terasa cuak juga tengok aksi saya,” katanya dipetik Metro UK.

Video aksi berani mati Viktoria mendapat kecaman ramai selepas dia berkongsikannya di laman Instagram.

Kebanyakan pengikut di laman sosialnya mengkritik Viktoria yang langsung tidak mementingkan langkah-langkah keselamatan sebelum membuat aksi stunt.


Mereka berkali-kali mengatakan dia mungkin akan mati jika berlaku sedikit sahaja kesilapan dalam melakukan aksi itu.

Seorang pengikut meninggalkan komen, “Macam mana awak boleh mempertaruhkan nyawa sampai ke tahap macam itu sekali? Jika saya merupakan ibu bapa awak, saya akan tampar kedua awak dan jurugambar tersebut.”

“Saya harap awak akan dihalang masuk ke Dubai lagi selepas melakukan aksi bodoh yang mungkin boleh memberikan pengaruh buruk dan berbahaya, awak sepatutnya ditahan,” tulis seorang pengikutnya lagi.

Menara Cayan yang mempunyai 73 tingkat itu memiliki ketinggian 306 meter. – MYNEWSHUB.CC

Kategori