PELAKON terkenal Korea Selatan, Lee Min Ho baru-baru ini melancarkan single terbaharunya berjudul Always selepas dua tahun menyepi daripada bidang nyanyian.
Single baharu itu, dihasilkan sebagai penghargaan dan tanda terima kasih kepada peminat-peminatnya yang telah menyokong dirinya selama 10 tahun berkecimpung dalam industri hiburan.
Menurut agensi yang menguruskan Min Ho iaitu MYM Entertainment, single tersebut buat pertama kalinya diperdengarkan kepada peminatnya ketika sesi bertemu peminat ‘The Originality of LEE MIN HO’ yang diadakan pada 18 dan 19 Februari lalu di Universiti Kyung Hee, Seoul.
Manakala secara digital pula akan dilancarkan ke seluruh dunia pada Mac ini.
“Ia bukanlah perkara biasa bagi seorang pelakon yang tidak meletekkan kerjaya nyanyian sebagai keutamaan untuk mengeluarkan album di peringkat antarabangsa,” kata MYM Entertainment.
Meskipun, penglibatan aktor ini dalam arena nyanyian tidaklah serancak dalam bidang lakonan namun single-single yang dikeluarkan mendapat sambutan hangat daripada peminatnya di seluruh dunia.
Pada tahun 2013 dan 2015, Min Ho pernah mengeluarkan beberapa buah single yang juga ditujukan kepada para peminat seperti My Everything dan Song For You.
Kedua-dua single yang dihasilkan itu mendapat sambutan yang hangat daripada peminatnya di seluruh dunia. Single My Everything mendapat carta teratas Oricon Daily Albums di Jepun manakala Song For You pula rangking pertama di carta lagu iTune’s Taiwan. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: AsiaOne