Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

PAS Gembira Anak Muhd...

KUALA LUMPUR - PAS gembira kerana Mahkamah Rayuan mengesahkan penukaran agama tiga kanak-kanak...

Kota Bharu Kini Zon...

DAERAH Kota Bharu, Kelantan yang juga antara kawasan zon merah sebelum ini menjadi...

Perwakilan UMNO Sebulat Suara...

KUALA LUMPUR - Semua perwakilan UMNO sebulat suara menerima kerjasama parti tersebut dalam...

Jutawan Guna 8 Robot...

Seorang jutawan China menjadi perhatian ramai apabila dia membawa lapan pembantunya untuk membantu...

Ambil Langkah Bantu Doktor Pelatih Tangani Tekanan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan mengambil beberapa langkah termasuk memberi kaunseling dan pendedahan kerjaya sebelum seseorang pegawai perubatan memulakan latihan perubatan bagi membantu mereka menangani tekanan.

Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, perkara itu telahpun dimaklumkan kepada bahagian yang berkaitan.

Doktor pelatih juga diberi pilihan meneruskan latihan di hospital lain sekiranya mereka menghadapi masalah di hospital asal, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Galakan Kesihatan di Tempat Kerja, di sini hari ini.

Katanya kesemua langkah itu diambil susulan ada doktor pelatih mengalami tekanan ketika bertugas sehingga membawa kepada perlakuan ponteng kerja atau “hilang tanpa dapat dikesan”.

Dr Subramaniam juga berkata setiap tahun kementeriannya mendapati 20 hingga 30 peratus doktor pelatih tidak dapat menghabiskan latihan dalam tempoh 24 bulan yang ditetapkan kerana mengalami tekanan di tempat kerja.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa mendedahkan doktor merupakan penjawat awam paling ramai dikesan ponteng kerja dan kebanyakannya melibatkan doktor pelatih yang berkemungkinan besar akibat tekanan kerja.

Sementara itu, dalam ucapannya Dr Subramaniam mendedahkan bagi tempoh 2013 hingga tahun lalu, hanya 480,000 pekerja yang ditawarkan baucar Program Saringan Kesihatan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memanfaatkan kemudahan berkenaan berbanding 2.5 juta yang layak.


“Justeru, ke mana 2.1 juta lagi?” katanya.

Beliau berkata angka itu merupakan fakta yang menyedihkan kerana menggambarkan pekerja yang mengambil ringan soal kesihatan dan majikan yang kurang prihatin terhadap isu tersebut.

Sehubungan itu beliau menyeru majikan yang telah diedarkan baucar berkenaan memastikan pekerja mereka yang layak diberi pelepasan cuti bagi melakukan saringan kesihatan.

“Ini adalah untuk manfaat jangka panjang bagi memastikan kesihatan pekerja sentiasa berada dalam keadaan memuaskan dan jika ada penyakit pun ia boleh mendapat dirawat di peringkat awal,” katanya.

Baucar Program Saringan Kesihatan diberikan secara percuma kepada pencarum berusia 40 tahun ke atas merupakan inisiatif Perkeso kepada pencarum selari dengan objektif agensi itu ke arah kesedaran amalan gaya hidup sihat dalam kalangan pekerja di Malaysia. – BERNAMA

Kategori