SEORANG ibu muda terjatuhkan anaknya pada ketinggian 40 kaki selepas jubah labuhnya tersadung di eskalator sebuah pusat beli-belah di Uzbekistan.
Insiden malang itu menyebabkan bayi yang tidak diketahui jantina dan umur itu maut dalam kejadian.
Menurut sebuah laman antarabangsa, insiden menyayat hati itu berlaku di pusat beli-belah di O’zbegim, bandar Andijan.
Menerusi rakaman kamera pengawasan (CCTV) dari pusat beli-belah itu, ibu muda yang tidak didedahkan identitinya itu memakai jubah berwarna hitam sedang menuruni eskalator.
Dia turut mendukung bayinya di tangan kanan manakala tangan kirinya memegang seorang lagi anaknya.Ā Difahamkan jubah yang dipakai wanita itu tersekat pada eskalator terbabit.
Ini menyebabkan dia tersadung ke hadapan dan bayi dalam kendongnya terlucut dari tangannya jatuh ke lantai pusat beli-belah tersebut dari ketinggian 40 kaki bersama bangunan empat tingkat.
Pasukan penyelamat yang dikejarkan ke tempat kejadian bagaimanapun gagal menyelamatkan nyawa mangsa.Ā Video kejadian itu telah dimuat naik ke media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Setengahnya menyalahkan si ibu yang menjadi punca kematian mangsa, selain menyalahkan pemilihan pakaian yang dipakai oleh wanita itu. – MYNEWSHUB.CC