Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jualan Di Kantin PDRM...

KOTA KINABALU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal penjualan makanan dan minuman di...

107 Anggota Polis Buru...

KAJANG - Polis mengerahkan sejumlah 107 pegawai dan anggota bagi memburu seorang penjenayah...

Anwar Bertemu Empat Mata...

PUTRAJAYA : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan empat...

Nuramira Didenda RM8,000

Siti Nuramira Abdullah didenda RM8,000 susulan persembahan komedi kontroversinya yang menimbulkan kemarahan awam,...

Anifah Aman Hadir Persidangan Pengantaraan

PUTRAJAYA – Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman kini dalam lawatan rasmi empat hari ke Brussels, Belgium bagi menghadiri Persidangan Peringkat Tertinggi mengenai Pengantaraan.

Wisma Putra dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata penyertaan Anifah dalam persidangan itu mengesahkan komitmen Malaysia dalam menyokong pengantaraan sebagai alat untuk menggalakkan dan mengekalkan keamanan, keselamatan dan kestabilan dalam kalangan negara-negara.

Bertemakan ‘Pengantaraan: Kemungkinan dan Had – Pengalaman dalam Mencapai Keamanan’, bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dan amalan terbaik dengan negara khusus sebagai kajian kes dalam bidang pengantaraan menerusi tiga perbincangan panel.

Wisma Putra berkata lawatan Anifah adalah atas undangan daripada rakan sejawatannya yang juga Timbalan Perdana Menteri Belgium Didier Reynders, mendorong kepada hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Kenyataan itu berkata 2017 juga menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Belgium.

Semalam, Anifah turut mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya, Reynders membincangkan langkah susulan kepada Pasukan Siasatan Bersama (JIT) Mesyuarat Menteri Luar berhubung MH17 yang diadakan di New York pada 20 Sept tahun lepas.

Wisma Putra berkata kedua-dua menteri luar itu turut membincangkan, antara lain, mengukuhkan kerjasama dan perkongsian amalan terbaik mengenai antikeganasan termasuk penubuhan Pusat Serantau Digital Memerangi Mesej Melalui Komunikasi Malaysia (CMC).


“Mereka juga membincangkan mengenai Bahagian Digital Komunikasi Strategik di bawah Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT), bagi menangani kes keganasan dan pelampau,” katanya.

Pada mesyuarat itu, Anifah dan Reynders juga membincangkan isu pelarian dan penghijrahan termasuk peranan Malaysia dalam menangani punca utama situasi kemanusiaan masyarakat Rohingya dan usaha memberikan bantuan kemanusiaan, menerusi platform ASEAN dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

“Kedua-dua pemimpin turut menyentuh mengenai kerjasama berterusan antara ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU) dalam bidang kepentingan bersama seperti perdagangan dan pelaburan. Mereka turut bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa,” tambah kenyataan itu.

Anifah juga memberi taklimat kepada Reynders mengenai peranan Malaysia selaku orang tengah dalam proses perdamaian selatan Filipina dan sebagai fasilitator dalam Dialog Keamanan selatan Thailand.

Kenyataan itu menyebut Anifah menyampaikan sokongan Malaysia terhadap pencalonan Belgium untuk kerusi Anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan PBB bagi penggal 2019-2020. – BERNAMA

Kategori