Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Dr M Pertahan Keputusan...

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempertahankan keputusan kerajaan Pakatan...

Lebih 400 Sertai Treasure...

KUALA LUMPUR - Lebih 400 peserta menyertai program Treasure Hunt Wilayah Persekutuan, yang...

20 Wanita Thailand Diselamatkan...

JOHOR BAHRU - Seramai 20 wanita warga Thailand diselamatkan daripada sindiket pemerdagangan manusia...

Kejohanan Ragbi Antarabangsa KGV...

SEREMBAN - Kejohanan Ragbi Antarbangsa SUPER KGV 10 Sepasukan edisi ke-12 2017 anjuran...

Annuar Doakan Kemenangan JDT Di Jepun

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa tetap mendoakan kemenangan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam penentuan Liga Juara-juara Asia (ACL) di Jepun hari ini.

Beliau berkata, penglibatan JDT dalam kejohanan itu boleh dianggap mewakili Malaysia walaupun ia sebenarnya kejuaraan antara kelab-kelab di Asia.

“Kita semua doakan kemenangan JDT untuk terus mara lebih jauh dengan rehat yang cukup, ‘game plan’ yang baik serta pemain bintang yang hebat.

“Kita percaya JDT mampu mencipta kejayaan. Segala yang terbaik dan semoga berjaya,” katanya di Facebook hari ini.

Sebelum ini, berlaku perang mulut antara Annuar dan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam media sosial berhubung beberapa isu bola sepak tanah air.

Perang mulut antara kedua-dua mereka bermula apabila Annuar membantah cadangan agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ditadbir secara proksi selain mempertahankan peranan ahli politik dan kerajaan negeri dalam sukan bola sepak.


Situasi bertambah `panas’ apabila Tunku Ismail mendakwa Annuar menyalahgunakan kuasa sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk membolehkan Pelaburan Mara Berhad (PMB) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menaja pasukan Kelantan.

Berikutan itu, Annuar dinasihatkan oleh pengurusan MARA supaya bercuti daripada jawatan itu selain disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). – MYNEWSHUB.CC

Kategori