Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kuasai Ilmu Kepenggunaan Tangani...

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia perlu menguasai ilmu kepenggunaan untuk mengetahui hak dan...

Kes Demam Denggi Di...

GEORGE TOWN - Kes demam denggi di Pulau Pinang terus menunjukkan peningkatan dengan...

Semuanya Mahal Sekarang, Poket...

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta segera menangani isu kenaikan sara hidup yang membebankan...

RM2 Juta Untuk Baiki...

BATU KURAU - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan sebanyak RM2 juta...

Anwar Saman Khairy Fitnahnya Homoseks, Rendah Akhlak

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada satu majlis di Lembah Pantai pada 2008 menggambarkan beliau sebagai homoseksual, rendah akhlak dan cenderung melakukan jenayah dan maksiat.

Anwar, 69, berkata kenyataan fitnah menteri itu dalam ucapannya pada Majlis Pemuda UMNO-BN (Barisan Nasional) itu menjurus kepada peribadi dan perilakunya secara negatif dan menghina yang secara jelas serta tersirat menudingnya sebagai homoseksual.

“Kenyataan tersebut bermaksud untuk menggambarkan saya sebagai manusia yang berselingkuh, rendah akhlak dan cenderung melakukan jenayah dan maksiat,” katanya menerusi kenyataan saksi di hadapan Hakim Azizul Azmi Adnan.

Anwar selaku plaintif dalam kes saman itu berkata sindiran secara licik itu bertujuan menimbulkan persepsi dalam kalangan masyarakat awam bahawa dirinya bersalah atas pertuduhan liwat.

Beliau berkata, kenyataan yang dikeluarkan Khairy itu menggambarkan dirinya (Anwar) sebagai seorang yang tidak layak untuk menyandang sebarang jawatan politik kerana dianggap bahaya kepada masyarakat serta bermaksud untuk menjatuhkan maruah dan imejnya.

“Defendan dengan sengaja mencerca saya di Lembah Pantai kerana anak saya, Nurul Izzah diumumkan sebagai calon ketika itu, kenyataan kesat itu menambah duka keluarga serta sudah pasti mencemarkan peribadi dan keluarga. Saya berharap dengan tuntutan ini keadilan dapat ditegakkan,” katanya.

Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy bagi menuntut ganti rugi RM100 juta atas dakwaan Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO telah mengeluarkan perkataan memfitnah terhadapnya dalam ceramah di Lembah Pantai di sini pada 20 Februari 2008.


Anwar yang diwakili peguam R. Sivarasa mendakwa perkataan memfitnah dan klip video bertajuk ‘Anwar and kin no threat‘ telah dimuat naik dalam beberapa laman web termasuk Malaysiakini.

Sementara itu, peguam Sarah Abishegam yang mewakili Khairy memaklumkan kepada mahkamah bahawa peguam utama defendan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan mengemukakan permohonan untuk memanggil semula Khairy bagi memberi keterangannya kerana terdapat penemuan baharu dalam kenyataan saksi Anwar.

Pada 19 September tahun lepas, Khairy yang merupakan saksi defendan pertama dalam keterangannya menafikan ucapannya itu merujuk kes liwat Anwar tetapi menegaskan pendiriannya bahawa maksud ucapannya hanya metafora berkaitan kempen BN.

Perbicaraan bersambung esok. – BERNAMA

Kategori