Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Usia Perlu Perbanyak Program...

TAWAU - Pergerakan Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) perlu memperbanyak serta merancakkan...

Adam Rosly Ditahan SPRM...

PUTRAJAYA - Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Penganggur Dipenjara 8 Bulan...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret...

Polis Marin Rampas 78,000...

TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 78,000 bungkus rokok bernilai RM30,960...

APK Cadang Serah Muzium, Galeri Ibrahim Hussain

ALOR SETAR – Angkatan Pelukis Kedah (APK) dan kerajaan negeri berhasrat menyerahkan Muzium dan Galeri Ibrahim Hussain di Langkawi kepada pelukis tersohor negara, Zulkifli Yusof untuk dibangunkan semula.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Warian Kedah, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata ia adalah antara usaha terkini untuk mengembalikan kegemilangan galeri tersebut sebagai sebuah pusat pameran, jualan dan lelongan seni terkemuka dunia.

“Beliau (Zulkifli) pernah menyuarakan hasrat berminat untuk mempunyai galeri dan kami rasa beliau adalah individu paling sesuai untuk membangunkan semula galeri itu memandangkan statusnya dalam dunia seni lukis yang berasal dari Kedah,” katanya dalam sidang media sempena Pertandingan Mencipta Karya Seni ‘Kedahku Indah’ 2017, di sini hari ini.

Cadangan itu dikemukakan berikutan galeri bersejarah itu kini terbengkalai selepas kematian pelukis terkemuka negara yang berasal dari Yan, Kedah itu sejak lebih 10 tahun yang lalu.

Sementara itu, pertandingan ‘Kedahku Indah’ 2017 yang dianjurkan bersama APK bakal menawarkan hadiah bernilai hampir RM60,000 kepada para pemenang.

Ia terbahagi kepada tiga kategori iaitu Siap, Spontan dan Kanak-Kanak.


“Bagi kategori Siap, peserta boleh mula menghantar karya mereka hari ini dalam bentuk JPEG ke email [email protected] dan tarikh tutupnya ialah 20 April 2017.

“Bagi kategori karya Spontan, penyertaan hanya terbuka bagi pelukis negeri Kedah dan Perlis dan perlu melukis di sekitar pekarangan Muzium Padi selama dua hari iaitu 21 dan 22 Mei,” katanya.

Semua karya yang disenarai pendek akan dinilai oleh juri profesional dari Universiti Utara Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Balai Seni Visual Negara.

Bagi maklumat lanjut, peserta boleh menghubungi jawatankuasa pertandingan di talian 019-5796930 (Judin Ahmad) dan 019-4429886 (Ramli Samsuri). – BERNAMA

Kategori