KUALA TERENGGANU – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu mempelawa orang ramai untuk menyertai dan mendaftar sebagai sukarelawan berdaftar pasukan penyelamat itu.
Pengarahnya, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata pihaknya sangat mengalu-alukan penyertaan daripada mana-mana jabatan, agensi, persatuan, pertubuhan bukan kerajaan mahupun individu yang berminat menyertai mereka selaras dengan perkembangan peranan, tugas dan fungsi APM Terengganu ketika ini.
“Antara ilmu yang akan dikongsi bersama termasuk kesiapsiagaan awam, asas pengurusan bencana dan pertolongan cemas serta pengetahuan lain.
“Mereka yang berminat boleh berhubung terus mana-mana Pejabat Pertahanan Awam Daerah di negeri ini dan kita sangat menggalakkan penyertaan daripada golongan belia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai yang berminat untuk mendaftar sebagai sukarelawan APM Terengganu boleh menghubungi Mejar (PA) Saiful Azam Ismail di talian 010-2263759 atau [email protected]. – BERNAMA