Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Lewat Datang Latihan Kena...

ALOR SETAR - Mana-mana pemain Kedah lewat menghadiri latihan dikenakan hukuman denda iaitu...

Didakwa Lakukan Perbuatan Seksual...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Iran didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang di...

Dua Anggota Tentera Maut...

GERIK - Dua anggota tentera yang terlibat dalam operasi di hutan Royal Belum,...

Memperkenalkan Tablet Ternipis Di...

Dell nampaknya telah mengorak langkah dengan pengenalan peranti terbaru mereka dalam arena tablet.Dinamakan...

APMM Perkenal Aset Baharu Sempena LIMA’17

PELABUHAN KLANG – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan memperkenalkan dua aset terbaharu pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017 yang bakal berlangsung dari 21 hingga 25 Mac depan.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ahmad Puzi Ab. Kahar berkata dua aset baharu itu merupakan dua buah kapal yang satu daripadanya disumbangkan kerajaan Jepun.

“Satu daripada kapal ini adalah Kapal Maritim Pekan iaitu kapal peronda pesisir pantai yang akan disumbangkan oleh Jepun, sementara satu lagi merupakan kapal baharu yang sedang dalam pembinaan yang akan dilancarkan terlebih dahulu pertengahan Mac sebelum ia menyertai perbarisan armada di
pameran LIMA.

“Selain dua aset tersebut, kita juga akan membuat beberapa kejutan lain di pameran LIMA tersebut termasuk demontrasi pesawat APMM,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pasukan Sukarelawan Simpanan Maritim Malaysia (PSSMM) peringkat Selangor di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Maritim Selangor Rosli Abdullah.

Ahmad Puzi berkata kedua-dua kapal itu mempunyai kelebihan masing-masing selain dilihat mampu meningkatkan keupayaan operasi agensi berkenaan dalam menjaga dan mengawal keselamatan perairan negara.


Mengulas mengenai PSSMM, beliau berkata setakat ini PSSMM mempunyai kekuatan hampir 1,000 anggota di seluruh negara sejak ia ditubuhkan September lepas.

“Sehingga hari ini lima PSSMM telah dilancarkan iaitu di Perlis, Sabah, Terengganu, Kelantan diikuti hari ini di Selangor.

“Kewujudan pasukan ini kita lihat amat penting bagi menyokong serta menambah kekuatan sumber manusia dalam tugas-tugas penguatkuasaan maritim termasuk tugas mencari dan menyelamat,” katanya.

Tambahnya PSSMM menyasarkan keanggotaan sukarelawan seramai 5,000 orang di seluruh negara menjelang akhir bulan ini. – BERNAMA

Kategori