Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

UMNO Perak Tak Terlibat...

IPOH - Tiada bahagian atau cawangan UMNO di Perak terlibat dalam gerakan untuk...

Mengapa Perkhidmatan Hospital Kerajaan...

SERING kali kita mendengar rungutan masyarakat mengenai masa menunggu ketika berada di hospital...

88% Pemilik, Waris Setuju...

SHAH ALAM ā€“ Dianggarkan 88 peratus pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru,...

Kena Tembak, Tetak &...

PERGADUHAN yang tercetus diƂĀ kawasan tapak permainan dan parking diƂĀ Flat Rimba Jaya, Sek 16,...

APMM Tahan 4 Nelayan Langgar Syarat Tangkap Ikan

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 Lumut menahan empat nelayan warga Thailand kerana melakukan aktiviti tangkapan ikan di luar zon, kira-kira 43 batu nautika dari barat laut Pulau Talang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Daerah 3 Lumut Kapten Maritim Zulinda Ramly berkata tekong dan tiga awak-awak berkenaan yang berusia antara 25 dan 56 tahun tersebut ditahan oleh pasukan APMM yang melakukan rondaan di kawasan itu pada 5.20 pagi.

“Bot dari pelantar ikan di Bagan Panchor, Pantai Remis berkenaan melakukan aktiviti menangkap ikan di luar zon dibenarkan dan gagal menunjukkan surat kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia ketika pemeriksaan dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mereka katanya didapati melakukan aktiviti penangkapan ikan di bawah 12 batu nautika dari Pulau Talang.


“Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen dan menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Kategori