Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Tengku Puteri Jihan Anggun...

KUALA LUMPUR ā€“ Busana warna putih gading yang disarung Tengku Puteri Jihan Azizah...

Ternakan Asia 2018 Dapat...

KUALA LUMPUR - Pameran Ternakan Asia 2018 selama tiga hari, mendapat sambutan positif...

Mengelilingi Dunia Dengan Hanya...

KUALA TERENGGANU - Kesukaran mendengar dan bertutur untuk berkomunikasi tidak menghalang warga emas...

PAS Tidak “Pelahap” Jawatan...

BATU PAHAT -- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu tidak...

APMM Tubuh Pasukan Media Siber, Tangkis Tohmahan

KUANTAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah membentuk satu pasukan media di bawah Unit Komunikasi bagi menjawab segala bentuk tohmahan yang dilemparkan terhadap agensi berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata pasukan media siber itu ditubuhkan tahun ini dan berperanan menjawab tohmahan dan aduan dalam masa singkat.

“Melalui penubuhan pasukan siber berkenaan, kita pastikan supaya tohmahan dan fitnah yang diterima ini dapat dijawab dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Ulang Tahun Maritim Malaysia ke-12 di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah, dekat sini, petang ini.

Shahidan berkata tohmahan dan kemusykilan yang diterima perlu dijawab dalam tempoh kurang dua jam.

“Tidak perlu untuk menunggu lama dan berfikir mencari ilham bagi menjawab segala berita yang tidak benar itu… Sekiranya terdapat kesalahan yang dilakukan oleh anggota tindakan undang-undang akan diambil,” katanya.


Dalam pada itu, beliau berkata Pasukan Sukarelawan Simpanan Maritim Malaysia yang ditubuhkan di Perlis dan Sabah akan diperluas ke Terengganu, Kelantan serta Selangor menjelang akhir bulan ini.

Beliau berkata lebih 400 orang menyertai pasukan itu di Perlis serta Sabah dan bilangan anggota dijangka bertambah sehingga lebih 10,000 apabila penubuhan di seluruh negara selesai. – BERNAMA

Kategori